• About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact

Suara Islam Seruanku

  • Home
  • Adab Sunnah
  • Nasihat
  • biografi
  • Dakwah
  • Al Kisah
  • quran-Hadist
  • Download
  • Hukum Fiqih
  • Bahasa Arab
Home » nasihat » Perkataan hikmah Orang Soleh #17

Perkataan hikmah Orang Soleh #17

801. Syaikh Maulana Ilyas rah.a. mengatakan: “Perhatikanlah benar-benar, bahwa kita senantiasa berhajat kepada para ulama. Tanpa mereka kita tidak dapat ditolong. Bantuan mereka adalah kebahagian kita. Mereka adalah pera pembawa kebaikan-kebaikan dan nur-nur ilmu Nubuwah. Mengetahui derajat mereka adalah berarti meninggikan ilmu Nubuwah, dimana ketinggian mereka sangat layak kita berkhidmat kepada mereka. Dan pahamilah bahwa penghidmatan kita kepada mereka adalah suatu ibadah yang amat besar. Dan tindakan kita mengambil faedah dari petunjuk dan nasehat-nasehat mereka serta selalu bermusyawarah dengan mereka adalah asbab mendapatkan cahaya ilmu Nubuwah.” (Sawanih Yusufi, no 17)

802. Syekh Maulana Ilyas Rah.A berkata: “Kita perlu fikir bersungguh-sungguh bagaimana ulama` dan orang-orang soleh boleh ambil bahagian dalam usaha ini agar mereka mendapat keredhoan dan ketenangan. Jika mereka tidak suka, kita hendaklah bersangka baik atas mereka dan sentiasa menziarahi mereka dengan niat untuk mengambil faedah agama dan berkat dari mereka.” (Malfudzat, 88)

803. Imam Al-Zuhri berkata: “Hisyam bin Hakim bin Hizam al-Qurasyiyy r.a menyeru kepada perkara ma’ruf bersama-sama dengan segolongan bersamanya.” (Tahzib al-Tahzib: 11/37)

804. Imam Al-Zahabi berkata: “Abdul Rahim bin al-‘Althi al-Baghdadi(seorang ahli fiqh dan ahli hadis yang zuhud) mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat sahabat yang berusaha menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran.” (Zail Tabaqat al-Hanabilah: 2/316)

805. Ahmad al-Ghazali rah(saudara kandung kepada Abu Hamid al-Ghazali rah pengarang Ihya’ ‘Ulumuddin) berkata: “Imam Al-Zuhri rah memasuki kampung-kampung dan kebun-kebun, memberi nasihat kepada penduduknya agar mereka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.” (Tabaqat al-Syafi’iyyah: 6/62)

806. Ibnu al-Musayyib berkata: “Seandainya aku dapat menyaksikan bahawa seseorang termasuk ahli syurga, maka aku akan menyaksikan bahawa Ibnu Umar termasuk ahlinya.” (Siyar A'lam An-Nubala')

807. Diriwayatkan dari Nafi’, dia berkata: “Seandainya engkau melihat Ibnu Umar ketika mengikuti Rasulullah SAW, maka engkau akan berkata, “Dia orang gila.” (Siyar A'lam An-Nubala')

808. Ali bin Abi Thalib r.a berkata: “Manusia (di dunia rata-rata) tidur; bila mereka mati, barulah terjaga.” (Ihya' Ulumuddin, 4:23)

809. Syeikh Maulana Ilyas rah.a berkata: “Meminta kurniaan dan rezki dari Allah adalah fardhu, meminta upah di dunia dari ibadat serta khidmat adalah HARAM.” (Maldfuzat: 168)

810. Syeikh Maulana Ilyas rah.a berkata: “Kita perlu fikir bersungguh-sungguh bagaimana ulama` dan orang-orang soleh boleh ambil bahagian dalam usaha ini agar mereka mendapat keredhoan dan ketenangan. Jika mereka tidak suka, kita hendaklah bersangka baik atas mereka dan sentiasa menziarahi mereka dengan niat untuk mengambil faedah agama dan berkat dari mereka.” (Maldfuzat: 88)

811. Syeikh Maulana Ilyas rah.a berkata: “Natijah ilmu ialah wujudnya amalan. Dan natijah amalan ialah wujudnya zikir. Apabila ilmu tidak wujudkan amalan(hanya ilmu sahaja), maka ia adalah ZULMAT. Jika amalan tidak beserta ingat pada Allah, maka ia adalah bisikan sahaja. Zikir tanpa ilmu adalah FITNAH.” (Maldfuzat: 63)

812. Hazrat Maulana Ibrahim dalam bayan subuhnya pada 15/7/2010 di Masjid Bangawali, Nizamuddin. Hazrat berkata: “Natijah hujan adalah air yang bersih dan pada sudut pandangan, adalah satu makhluk biasa. Tetapi kesan pergerakannya amat luar biasa. Wujudnya hujan, satu perkara akan menjadi hidup (tanah kering kontang menjadi subur dengan tumbuh tumbuhan). Begitu juga pergerakan umat ini, pergerakan hujan natijahnya memberi manfaat. Air hujan membasahi setiap penjuru tempat, tanpa mengira keadaan tempat tersebut. Dengan wujudnya hujan, maka faedahnya dapat memberi manfaat kepada satu kehidupan. Air itu diumpamakan agama dan pergerakan hujan diumpamakan pergerakan umat dengan kerja agama.”

813. Maulana Talha Nizamuddin rah.a berkata kepada salah seorang muridnya: “Bekalan yang berharga untuk dibawa mati itulah adalah dalam mengamal, menyebar dan mengajak manusia untuk amalkan agama. Jika masa yang telah berlalu tanpa berusaha untuk maksud ini, maka sesungguhnya dia telah merugikan masanya di dunia dan di akhirat kelak dia akan menyesal. Matinya adalah satu kemiskinan yang hakiki. Maka wahai anak muridku, maksud kita dihantar adalah untuk mati, maka pergunakan setiap sisa-sisa detik, ketika dan masa ini untuk usahakan bekalan yang berharga dengan perantaraan mengamal, menyebar dan mengajak manusia untuk amalkan agama. Semoga Allah berkati pertemuan kita ini.”

814. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: “Jadikanlah diri kita maqbul disisi Allah, maka Allah s.w.t akan memerintahkn semua makhluk untuk menyintai kita.”

815. Di dalam satu safar, Hazrat Mufti Zainal Abidin rah pernah bertanyakan kepada ameer Hj. Abd Wahab berkenaan malfuzatnya lebih banyak dijadikan sebagai usul, tertib dan nasihat dalam usaha. Setelah safar, Hj. Abd Wahab memberikan nasihat kepadanya: “Sejauh mana masa dikorbankan untuk usaha agama, sebanyak itulah Allah akan campakkan roh dalam percakapan agama kita. Jika percakapan kita mempunyai roh, maka Allah akan sebarkan percakapan itu dikalangan manusia, dan diberi taufiq untuk amalkan apa yang dipercakapkan. Sekarang, berapa lamakah masa yang kamu telah berikan untuk pengorbanan dalam usaha agama? Saat ini, kamu balik ke madrasah kamu dan uruskan hal peribadi kamu, padahal saya kembali kepada markaz Raiwind untuk bagi masa. Fikirkanlah jawapannya.”

816. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: “Sedangkan kamu tidak mendirikan ahkam Allah, perintahNya dan larangan-laranganNya pada dirimu sendiri dan pada kawasan-kawasan yang mana kamu ada kuasa (mempunyai kebolehan mendirikan perintah-perintah Allah yang tiada halangan apa-apa), maka bagaimanakah pula kamu boleh diberikan peraturan-peraturan dunia dan tugas itu? Tujuan Allah untuk memberi kuasa kepada orang orang beriman ialah supaya mereka mendirikan hukum-hakam dan kehendak-kehendak Allah s.w.t atas muka bumi ini. Apabila kamu tidak mendirikannya dikawasan yang terhad, manakah ada harapan boleh mencapai tujuan Allah s.w.t. apabila kamu diberi kuasa kerajaan didunia nanti.” (Malfuzat)

817. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: “Kedudukan fardhu adalah terlalu tinggi daripada sunat. Bahkan harus kita faham bahawa tujuan sunat adalah untuk kesempurnaan fardhu yang digantikan dengannya apabila didapati kekurangan didalamnya. Kesimpulannya, fardhu adalah perkara yang asli dan merupakan matlamat. Amalan sunat adalah dibawahnya dan juga untuk mengelokkannya. Tetapi keadaan setengah manusia ialah,mereka lalai daripada amalan-amalan fardhu dan sebaliknya memberi keutamaan dan kesibukan di dalam amalan amalan sunat. Misalnya tuan-tuan sedia maklum bahawa ‘dakwat ilal khair’ mengajakan kepada kebaikan,’amar bil makruf’ menyuruh berbuat baik, dan ‘nahi ‘anil munkar’ mencegah kejahatan(pendek kata kesemua kerja bahagian kerja tabligh) adalah fardhu. Tetapi berapa ramaikah yang dapat menunaikannya? Walhal bilangan orang yang menunaikan zikir tasbih yang sunat dan amalan sunat yang lain begitu ramai sekali.” (Malfuzat)

818. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: “Keistimewaan dan keatasan manusia berbanding dengan makhluk yang selainnya adalah khusus dari segi percakapan. Kini, dengan percakapan itu dia bercakap akan perkara yang baik dan menggunakan hanya kapada perkara kebaikan sahaja, maka keistimewaan dan ketinggian akan diperolehi dalam kebaikan. Dan sekiranya dia bercakap hal-hal keburukan, misalnya dia bercakap mengenai keburukan dan dengan percakapannya dia menyusahkan manusia tanpa hak, maka dengan keadaan demikian dia memperolehi keistimewaan dan keatasan dari segi keburukan, sehingga kadang kala percakapan inilah manusia menjadi lebih buruk dari anjing dan babi.” (Malfuzat)

819. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: “Kita telah diperintahkan supaya harta yang telah dikurniakan didalam penghidupan dunia jangan dijimatkan dan dijaga didalam simpanan yakni janganlah bakhil, bahkan harus kita membelanjakannya. Tetapi harus pula kita menjaga syaratnya semasa membelanjakannya, iaitu perbelanjaannya janganlah melampaui perkara-perkara yang tidak patut. Yakni perbelanjaannya mestilah kepada perkar-perkara yang betul dengan mengikut cara yang telah diajar oleh Allah s.w.t dan juga didalam batasNya.” (Malfuzat)

820. Syeikh Maulana Ilyas rah.a mengatakan: “Maksud ittiba’ Nabi SAW adalah mengikuti kepada dua perkara: Amalan Rasulullah SAW dan Maksud hidup Rasulullah SAW.”

821. “Iman seseorang itu ibarat air yang dituangkan ke dalam gelas, sebanyak mana usaha menuang air kedalam cawan tersebut maka sebanyak itulah paras air yang akan memenuhi cawan tersebut. Begitulah iman seseorang kepada Allah SWT, lebih diusahakannya maka lebihlah hasilnya, kurang usahanya maka kuranglah hasilnya.” - Tamthil

822. Abdul Malik telah bertanya kepada ayahnya, “Mengapa tidak dilaksanakan semua perkara Islam, walhal kita sudah memerintah?” Umar bin Abdul Aziz menjawab, “Jangan kamu gopoh wahai anakku, sesungguhnya Allah cela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, kemudian haramkannya pada kali yang ketiga. Aku bimbang, jika aku laksanakan kebenaran kepada manusia secara total, bimbangnya mereka menolak kebenaran itu secara tolal juga.”(Al-Muwafaqat, 2/94)

823. “Ada kemungkinan matahari terbit, tapi tidak ada cahaya. Tapi tidak mungkin sama sekali ada dakwah, tetapi tidak ada hidayah! Ini bukan kerja main-main. Tapi ini kerja seluruh para nabi! Hari ini, tertib yang kita buat, menjadikan dakwah ini nampak mudah dan kecil. Bukan macam itu! Dakwah ialah kerja yang sangat besar.” - Maulana Muhammad Saad

824. “Usaha melalui hati dan bukan pikiran. Sejauh mana hatimu menangis, sejauh mana hatimu risau atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati bukan bagaimana pemikiranmu bekerja, atau bagaimana pemikiranmu membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiranmu membuat rencana atau bukan bagaimana pemikiran filosofi yang tinggi-tinggi untuk mendapatkan gagasan-gagasan.” - Ustadz Muhammad Qosim At-Timori

825. Syeikh Maulana Saad Al Kandhlawi pernah ditanya oleh seseorang: “Syeikh, anda telah berkeliling dunia meninggalkan anak dan isteri, menghilangkan hak-hak mereka, bagaimana anda mempertanggungjawabkannya nanti?” Beliau menjawab: “Itu benar, anak dan isteri saya telah terkurangi hak-haknya, tapi dengan berkelilingnya saya, banyak laki-laki yang paham akan agama, dengan pahamnya mereka terhadap agama, maka hak-hak anak dan isteri mereka akan dipenuhi, berapa banyak keluarga yang akan dipenuhi hak-haknya oleh suami-sumai mereka..”

826. “Jikalau kamu bingung mau pilih yang mana antara dunia atau akherat, maka tubruk kan saja dunia mu itu dengan akherat ... maka Insya'Allah langsung 4 Bulan..” - KH. Mukhlisun

827. Syaikh Ahmad Lat An-Nadwi dalam bayannya di Ijtima Malaysia 2009 mengatakan: “Apabila maut datang mencengkam, zahirnya mata tertutup, tetapi yang sebenarnya pada masa itulah mata mereka akan terbuka dan segalanya akan tersingkap...! Walau di mana jua kita berada, kita kena tahu apa yang Allah kehendaki daripada kita. Dan kita kena tunaikan kehendak Allah itu mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w, itulah hakikat kehambaan...”

828. Maulana Hazim di dalam bayannya mengatakan: “Maksud amal ketaatan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh sebab itu alim ulama beritahu bahawa peluang untuk setiap manusia makin hampir dengan Allah adalah sebanyak mana nafas yang masuk dan keluar daripada badan. Kerana dengan setiap nafas yang masuk dan keluar daripada badan dan bersama itu kita dapat melakukan amal ketaatan kepada Allah, yang menyebabkan kita semakin hampir dan dekat kepada-Nya.”

829. Hadhrat Hj Imdadullah Muhajir al Makki rah berkata: “Walaupun jika anda melakukan sesuatu perbuatan (kebaikan) kerana riya' (menunjuk-nunjuk), jangan tinggalkan amalan tersebut. Walaupun pada mulanya ia akan menjadi riya', kemudian (dengan keteguhan) ia akan bertukar menjadi adat (tabiat). Akhirnya, daripada adat akan bertukar menjadi ibadat.”

830. Tamthil Hazrat Maulana Nadzrurrohman: “Ingatan kita kepada Allah hendaklah seperti seorang ibu ingat kepada anaknya yang kecil, dia akan gelisah jika tidak melihatnya. Hendaklah kita ada kegelisahan jika dalam kehidupan kita ada masa yang terlewatkan dari mengingat Allah.”

831. Sufyan Ats-Tsauri berkata: “Saya tidak pernah menghadapi sesuatu yang lebih berat daripada niat, karena niat itu berbolak-balik (berubah-ubah).” (Hilyatul Auliya: 7/hal.5 dan 62, Jami’ul ‘Ulul wal Hikam: hal.70)

832. Seseorang bertanya pada Tamim Ad-Dari “Bagaimana sholat malam engkau?” Maka marahlah Tamim, sangat marah, kemudian berkata, “Demi Allah, satu rakaat saja sholatku ditengah malam, tanpa diketahui (orang lain), lebih aku sukai daripada aku sholat semalam penuh kemudian aku ceritakan pada manusia.” (Dinukil dari kitab Az- Zuhud, Imam Ahmad)

833. Abu Nu’aim meriwayatkan: “Ayyub As-Sikhtiyani sholat sepanjang malam, dan jika menjelang fajar maka dia kembali untuk berbaring di tempat tidurnya. Dan jika telah terbit fajar maka dia pun mengangkat suaranya seakan-akan dia baru saja bangun pada saat itu.” (Al-Hilyah: 3/8)

834. Imam Ahmad mengatakan kepada salah seorang muridnya (yang bernama Abu Bakar) tatkala sampai kepadanya kabar bahwa manusia memujinya: “Wahai Abu Bakar, jika seseorang mengetahui (aib-aib) dirinya maka tidak bermanfaat baginya pujian manusia”. (As-Siyar 11/211)

835. Berkata Imam Ahmad: “Aku ingin tinggal di jalan-jalan di sela-sela gunung-gunung yang ada di Mekah hingga aku tidak dikenal. Aku ditimpa musibah ketenaran (kemasyuran).” (As-Siyar: 11/210)

836. Maulana Umar rah berkata: “Ketiadaan dan kekurangan amalan agama akan mengakibatkan kehancuran, kecelakaan, kesengsaraan dan kehinaan serta penyesalan manusia didunia sampailah diakhirat selama-lamanya.”

837. “Hari-hari berlalu kepada kita semua silih berganti, Kita hanyalah digiring kepada ajal sedangkan mata melihatnya sendiri, Masa muda yang telah berlalu tidak akan pernah kembali, Dan uban yang telah keruh tidak akan pernah pergi.” (Syadzaratudz Dzahab: 6/231)

838. Imam Asy-Syafi’i pernah berkata: “Keridhaan manusia adalah suatu yang sulit dicapai, maka hendaklah engkau memperbaiki dirimu dan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh, karena tiada jalan membuat seluruh manusia ridha terhadapmu.” (Hilyatul Auliya': 9/122)

839. Hadhrat Mufti Muhammad Abdur Rahim Lajpuri Rahmatullahi A`laih berkata: “Kawan manusia ialah mereka yang berusaha keras membina kehidupan akhirat walaupun nampak seperti memusnahkan keduniaannya. Musuh manusia ialah mereka yang memusnahkan kehidupan akhirat walaupun ia nampak seperti keuntungan dunia.”

840. Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullahi A`laih pernah berkata: “Apabila saya mengambil tanggungjawab seseorang, saya akan menganggap dia sebagai orang besar dan lebih mulia dari diri saya sendiri.”

841. Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Sa`ab Rahmatullahi A`laih berkata: “Apabila doktor memberikan suntikan kepada seorang Putera Raja, doktor itu tidak merasa dirinya mulia dan besar dari Putera raja itu. Dalam maksud yang sama apabila kita bercakap tentang agama kita tidak seharusnya merasa diri kita ini lebih besar dan mulia dari para pendengar.”

842. Maulana Umar Palampuri Rahimahullah berkata: “Orang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerusokan menuju arus kebaikan.”

843. Al-Imam Ibnu Rajab berkata: “Kesabaran ada tiga macam, yaitu kesabaran dalam ketaatan kepada Allah ‘Azza wa Jalla, kesabaran dalam menjauhi larangan-larangan Allah, dan kesabaran atas takdir Allah. Ketiga hal itu terkumpul pada puasa, sebab dalam puasa ada kesabaran dalam ketaatan kepada Allah, kesabaran dalam menahan hawa nafsu yang diharamkan Allah kepada orang yang berpuasa, dan kesabaran atas apa yang ditakdirkan menimpa orang yang berpuasa berupa rasa lapar, haus serta lemahnya badan.” (Latha-if al-Ma’arif, hal.354)

844. Sheikh Saed Zayani dalam baynannya mengatakan: “Ahli Agama ialah mereka yang menggunakan dunia untuk kepentingan Agama sebaliknya mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan dunia dinamakan Ahli Dunia.”

845. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali mengatakan: “Betapa banyak manusia yang bercita-cita untuk berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi cita-citanya tidak sampai karena ia keburu masuk ke dalam gelapnya kuburan. Betapa banyak manusia yang sedang menjalani harinya tapi tak dapat menyelesaikannya, dan betapa ramai orang yang mengira dapat bertemu hari esok tapi tak mendapatkannya. Sungguh, jika kalian melihat kematian dan beratnya perjalanan setelahnya, pasti kalian akan membenci panjang angan-angan dan tidak mau terpedaya karenanya.” (Latha-if Al-Ma’arif : 351)

846. Di samping ilmu zahir, hendaklah dipelajari juga ilmu yang berkaitan hati dan rohani supaya hati juga akan dihiasi dengan ilmu, kerana ilmu yang tidak memberi kesan kepada hati akan didakwa oleh Allah SWT pada hari kiamat. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a

847. Mu'awiyah bin Abu Sofyan رضي الله عنه berkata: “Adapun Abu Bakar, ia tidak sedikitpun menginginkan dunia dan dunia juga tidak ingin datang menghampirinya. Sedangkan Umar, dunia datang menghampirinya namun dia tidak menginginkannya, adapun kita bergelimang dalam kenikmatan dunia.” (ath-Thabaqat al-Kubra, 2/277)

848. Dari Salim bin Abu al-Jady dari Ummu Ad-Darda, Abu Darda berkata: “Berfikir sesaat lebih baik dari solat satu malam.” (Shifah As-Shafwah)

849. Dari Qobus dari Ibnu Abbas: “Kesulitan paling akhir yang dihadapi oleh seorang beriman adalah kematian.” (Shifah As-Shafwah)

850. Dari Muawiyah bin Qarran, Abu Ad-Darda berkata: “Tuntutlah ilmu, jika kalian tak sanggup, maka bergaullah kalian dengan para ahli ilmu dan jika kalian tidak sanggup bergaul dengan mereka maka janganlah kalian membenci mereka.” (Shifah As-Shafwah)
Posted by Unknown on Thursday, 1 May 2014 - Rating: 4.5
Title : Perkataan hikmah Orang Soleh #17
Description : 801. Syaikh Maulana Ilyas rah.a. mengatakan: “Perhatikanlah benar-benar, bahwa kita senantiasa berhajat kepada para ulama. Tanpa mereka k...
Tweet

0 Response to "Perkataan hikmah Orang Soleh #17"

Post a Comment

Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Entri Populer

Blog Archive

  • May (56)
  • April (51)

Labels

Adab Sunah Belajar Bahasa Arab biografi download nasyid Hukum Fiqih humor Kisah Sahabat Nabi Laporan Kerja Dakwah Afrika Selatan Laporan Kerja Dakwah Amerika Serikat Laporan Kerja Dakwah Arab Saudi Laporan Kerja Dakwah Colombia Laporan Kerja Dakwah indonesia Laporan Kerja Dakwah Inggris Laporan Kerja Dakwah Jepang Laporan Kerja Dakwah Laos Laporan Kerja Dakwah Malaysia Laporan Kerja Dakwah Pakistan Laporan Kerja Dakwah Prancis nasihat opini quran & hadist Tamsil
Copyright © 2014 Suara Islam Seruanku - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Powered by Blogger