Beliau berkata, "Pada umumnya, keadaan amalan
umat para Rasul terdahulu sudah tidak memiliki ruh serta hakikat di dalamnya.
Apa saja yang mereka lakukan sekadar adat kebiasaan saja. Dan, itulah amalan
yang masih mereka lakukan. Untuk menghapus kesesatan dan ibadah yang tanpa ruh
tersebut, maka dikirimlah para Nabi A.S., iaitu untuk menghapus adat kebiasaan
masyarakat, diganti dengan amalan agama yang memiliki hakikat serta kekuatan
ruh. Sehingga, pada akhirnya dikirimlah Rasulullah SAW. Dan, keadaan seluruh
agama Samawi pada saat itu pun berkeadaan demikian. Yang tersisa dari syariat
yang dibawa oleh Anbiya A.S., hanyalah sekumpulan adat kebiasaan saja. Dan,
mereka menganggap bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah syariat agama.
Kemudian, Rasulullah SAW datang dan menghapus adat istiadat itu, serta
mengajarkan hakikat agama, hukum dan akhlak yang sebenarnya."
Umat Muhammad SAW pada masa sekarang pun
sedang menderita penyakit yang sama, bahkan amal ibadah pun sudah menjadi suatu
adat istiadat saja. Dan, ta'lim agama yang seharusnya sebagai alat untuk
memperbaiki diri, juga sudah menjadi suatu adat saja. Dan, kerana jalan kenabian
sudah berhenti, maka tanggung jawab kerja para nabi ini telah dilimpahkan kepada
para ulama yang merupakan pewaris para Anbiya A.S.
Usaha yang penting adalah bagaimana
menghilangkan kegelapan dan kerosakan. Khususnya dengan jalan memperbaiki niat.
Sebab, suatu amalan akan disebut sebagai adat kebiasaan, jika amalan tersebut
dilakukan dengan niat bukan kerana Allah dan tidak dilakukan dengan perasaan
bahawa dirinya sebagai hamba Allah. Oleh kerana itu, dengan jalan memperbaiki
niat, maka ruh amalan tersebut akan pulih kembali. Sehingga, amalan tadi tidak
disebut lagi sebagai adat, bahkan dapat disebut sebagai hakikat.
Jadi, setiap amalan itu hendaknya didukung
dengan perasaan bahawa dirinya adalah seorang hamba disertai semangat beribadah
kepada-Nya. Oleh kerana itu, untuk mengembalikan orang-orang agar meluruskan
niatnya, sehingga setiap amalan semata-mata dilakukan karena Allah, dan setiap
amalan dapat menjadi sebuah hakikat, maka ini menjadi tugas dan kewajiban para
ulama dan ahli-ahli agama."
Title : Kata-Kata Mutiara Muhammad Ilyas Al Kandhalawi
Description : Beliau berkata, "Pada umumnya, keadaan amalan umat para Rasul terdahulu sudah tidak memiliki ruh serta hakikat di dalamnya. Apa saja ...