• About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact

Suara Islam Seruanku

  • Home
  • Adab Sunnah
  • Nasihat
  • biografi
  • Dakwah
  • Al Kisah
  • quran-Hadist
  • Download
  • Hukum Fiqih
  • Bahasa Arab
Home » nasihat » Bayan Maulana Saad North America

Bayan Maulana Saad North America

Ini nasihat Maulana Saad pada 27 March, 2013 masa mesyuarat North America. Rasanya untuk point ni, tertib yang sama kat mana2 pun. Ia berkaitan sikap karkun2 yang berfikiran sempit.
Satu perkara lagi adalah sangat penting untuk kita menghargai,menghormati dan menziarahi 'ulama, dan meyakini bahawa berada bersama mereka adalah satu'ibadah. Seorang 'alim adalah satu rahmat dari Allah dalam negara anda yang tiada pengganti baginya. Kebiasaan kita mencintai ulama yang yang suka usaha ini dan tidak meengendahkan ulama yang tidak menyukai usaha ini. Sepatutnya ia adalah sebaliknya. Kita sepatutnya mencintai ulama yang tidak suka usaha ini lebih dari ulama yang suka usaha ini. Kita sepatutnya lebih kasih kepada ulama yang ada persoalan tentang usaha ini ataupun tiada kaitan langsung dengan usaha ini. 
Untuk mencintai ulama adalah seperti mencintai 'ilmdan untuk mencintai ilmu adalah seperti mencintai solat. 
Untuk membenci 'ilm adalah كفر (kufr) kerana ia adalah فریضة (wajib).Memperkecilkan 'ilm adalah memperkecilkan solat
Sesetengah saudara berkata : " Adakah itu satu usaha bila dia mengajar? Dia sudah keluar setahun dan sekarang mengajar. Dia tiada lagi guna untuk Tabligh."
Perkara ini sangat menyakitkan saya. Kebiasaannya dikatakan, "Oleh kerana kamu telah keluar setahun,kamu sepatutnya melakukan Tabligh sahaja dan bukan perkara lain."Mereka fikir inilah استخلاص (istikhlas). Aitu,jika seseorang itu terlibat dengan Tabligh, dia tidak patut melakukan usaha lain seperti mengajar, imaamat, khitabat, dan lain-lain. Mengapa begini? Ini adalah kesempitan fikiran yang kita ada. Saudara berfikir bahawa استخلاص adalah seseorang tidak patut melakukan usaha lain selain usaha ini. Ia tidak akan jadi begini. Ini adalah حماقت (kebodohan) dan تنگ د لى ( kesempitan pemikiran). Ini tidak akan membina ummah.
Sesetengah berfikiran bahawa maksud استخلاص terhadap usaha ini adalahseseorang itu tidak patut melakukan usaha lain selain usaha ini. Bagaimana ini mungkin terjadi? Kita mahu memperkenalkan da'wah kepada setiap cabang agama dan dunia, tetapi mereka fikir bahawa seseorang yang melakukan usaha ini tidak patut melakukan usaha lain dan orang yang melakukan usaha lain tidak patut melakukan usaha ini. Ia tidak masuk akal.
Ada satu orang 'alim yang mahir/baik/hebat. Selepas keluar setahun dia,berjumpa saya dan bermesyuarat tentang apa yang harus dia lakukan.
Saya beritahu dia : "Pada pendapat saya,mengajar dengan da'wah adalah lebih baik, walauun kamu mengajar Al-Quran di sekolah. Kamu patut menyatukan da'wah dan ta'lim. Tetapi jika mengajar bukan kebiasaan bagi kamu,kerana bukan semua orang boleh mengajar, maka kamu buatlah perniagaan."Dia pulang semula ke tempatnya dan "saathis"(Tidak dapat saya terjemahkan) memberitahunya : "Kamu telah keluar setahun,sekarang kamu sepatutnya melakukan usaha ini sahaja."
"Dia memberitahu mereka :" Saya telah bermesyuarat dengan Maulana Saad dan dia berkata sekian-sekian." 
Saathis memberitahunya : "Adalah tidak mungkin Markaz akan berkata begitu."
Maka orang tanggungjawab datang dan bertanya saya,"Adakah tuan memutuskan sekian-sekian untuk si fulan?" Saya jawab " Ya, saya telah putuskan begitu untuknya."
Ada sedikit kesempitan dalam pemikiran kita. Kita fikir pekerja(karkun) kita adalah orang yang tidak melakukan usaha lain. Ini adalah salah. 
Hazrat Ali pernah berkata : "Akan datang masa jika seseorang duduk didalam satu halqah, orang dari halqah lain tidak akan mengalukannya dan menganggap dia bukan dari kalangan mereka."
Perbezaan dikalangan 'ulama akan jadi sehingga mereka menganggap bahawa seseorang itu adalah halqah mereka atau halqah yang lain.
Ada beberapa orang saudara kita yang setelah terlibat dengan da'wah mula mendapat minat untuk mendalami 'ilm. Setelah selesai 2.5 jam diwaktu pagi menyelesaikan takaza dakwah maka mereka ada sedikit masa lapang diwaktu petang. Jadi mereka pergi kepada beberapa ulama' untuk belajar fiqh,'ilm atau mendapatkan manfaat dari kehadiran mereka.
Kemudian Saathis memberitahu mereka :" Jika kamu kesana, lebih baik kamu duduk terus disana. Salah untuk kita untuk berada dalam dua kapal. Jika kamu ada masa lapang diwaktu petang, mengapa kamu tidak melakukan da'wah? Kerja da'wah dipagi hari dan mencari ilmu diwaktu petang, apakah perkara yang kamu lakukan ini?"
Adakah anda telah mengeluarkan 'ilm dari da'wah anda? Apakah perkara ini? Kesempitan seperti inilah yang telah terbentuk. Orang yang melakukan da'wah dipagi hari dan mencari 'ilm dipetang hari, patut dipuji. Saya sangat terkejut jika kita mengajak orang kepada 'ilm tetapi kita menjauhkan diri dari orang yang mencari 'ilm kerana ia berlawanan dengan استخلاص
Posted by Unknown on Thursday, 15 May 2014 - Rating: 4.5
Title : Bayan Maulana Saad North America
Description : Ini nasihat Maulana Saad pada 27 March, 2013 masa mesyuarat North America. Rasanya untuk point ni, tertib yang sama kat mana2 pun. Ia berk...
Tweet

0 Response to "Bayan Maulana Saad North America"

Post a Comment

Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Entri Populer

Blog Archive

  • May (56)
  • April (51)

Labels

Adab Sunah Belajar Bahasa Arab biografi download nasyid Hukum Fiqih humor Kisah Sahabat Nabi Laporan Kerja Dakwah Afrika Selatan Laporan Kerja Dakwah Amerika Serikat Laporan Kerja Dakwah Arab Saudi Laporan Kerja Dakwah Colombia Laporan Kerja Dakwah indonesia Laporan Kerja Dakwah Inggris Laporan Kerja Dakwah Jepang Laporan Kerja Dakwah Laos Laporan Kerja Dakwah Malaysia Laporan Kerja Dakwah Pakistan Laporan Kerja Dakwah Prancis nasihat opini quran & hadist Tamsil
Copyright © 2014 Suara Islam Seruanku - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Powered by Blogger