Tuan-tuan yang mulia,
Satu perkara yang perlu kita yakin apabila umat ini secara ijtimae
(collectively) meninggalkan kerja menyeru kepada agama, maka umat akan
meninggalkan agama dan tidak mampu untuk istiqamah dalam amalan. Ini adalah
perkara yang hak.
Tuan-tuan yang mulia,
Hadrat Abdullah
Jaafar r.a. buat usaha di Rome. Raja Rome telah tangkap mereka dan seru mereka
kepada agama nasrani. Kalau mereka setuju setengah dari negara akan diserahkan
kepada Hadrat Abdullah. Hadrat Abdullah berkata, 'Bukan setengah, malahan
seluruh negara kamu, bahkan semua negara Arab diserahkan kepada kami untuk kami
meninggalkan agama Nabi s.a.w. sekelip mata pun, kami tidak akan sedia'.
Pengakuan ini akan ada dalam diri umat ini jika setiap individu menyeru manusia
kepada agama.
Maulana
Saad menekankan lagi bahawa dakwah Illallah ialah bukan fardhu kifayah tetapi
fardhu ain. Jika umat faham dakwah adalah fardhu ain mereka akan mengamalkannya
tetapi jika mereka faham ia adalah fardhu kifayah, susah bagi mereka untuk
membuat usaha dakwah. Perkara ini kita kena faham dan masukkan dalam hati kita.
Umat ini dahulu ijtimae (secara berjemaah), mengapa kini ia berpecah-belah dan
bagaimana mereka mudah tukar agama. Pada hal Sahabat r.a. sanggup dicampak dalam
api tetapi untuk tukar agama tidak sekali-kali mereka sanggupi. Ini merupakan
keistimewaan dakwah, kesan dari dakwah, bahawa dakwah adalah untuk istiqomah
dalam agama.
Dalam
kehidupan seseorang individu amat bahaya jika kehidupan sekelilingnya tanpa
agama. Oleh kerana tidak ada dakwah dia tidak mampu mengawal dirinya daripada
kesesatan. Oleh itu kita kena fahamkan dalam hati bahawa dakwah adalah ibadah.
Kedua-dua perkara ini (yakni dakwah dan ibadah) adalah selari dan berterusan, ia
berjalan serentak.
Dengan dakwah akan mewujudkan kemampuan mengamalkan agama dari
sudut akidah, syariat, kehidupan, muamalat bahkan keseluruhan agama. Dia akan
menjadi benar-benar orang Islam (bila ia dapat kumpulkan dakwah dan ibadah).
Dalam Al-Quran jelas disebut
Tiada siapa yang terlebih elok
agamanya daripada orang yang ada kedua-duanya sekali iaitu menyeru kepada Allah
dan amal. Ayat ini memberi makna penekanan, selain daripada orang yang
mengumpulkan dakwah dan ibadah tidak mungkin seseorang itu lebik elok agamanya.
Ketinggian usaha dakwah menyebabkan ibadat saya, muamalat saya, hubungan dengan
Allah memberi kesan iaitu istiqomah dalam agama. Ia menjadi perkara asas,
menjadikan umat ini secara ijtimae menyeru kepada yang hak, setiap individu
menjadi da'ie menyeru kepada hak sehingga dia terselamat daripada menjadi orang
yang diseru kepada batil.
Tuan-tuan yang mulia,
Setiap orang
beriman kita perlu membawa mereka kepada agama. Ramai orang salah faham, mereka
fikir dakwah untuk orang lain. Zaman sekarang banyak saluran boleh digunakan
untuk dakwah orang lain, sebab itu mereka fikir dakwah dari rumah ke rumah,
lorong ke lorong, pintu ke pintu tidak perlu dilakukan lagi. Dakwah iman untuk
diri mukmin itu sendiri. 'Ya aiyuhallazi naamanu aminu' ertinya 'wahai orang
beriman, berimanlah kamu'. Orang beriman lebih berhak atas Kalimah. Allah yang
memerintahkan, wahai orang-orang beriman jadilah orang beriman. Maksudnya, yang
penting kita kendak memperkuatkan iman dan yakin dalam diri kita. Maulana Ilyas
rah.a berkata kalau hendak diletakkan nama keatas usaha ini, dia lebih suka
dinamakan ‘Usaha Atas Iman’.
Ingin saya mengingatkan tuan-tuan yang mulia, langkah pertama usaha
ini ialah membetulkan iman dan yakin kita. Dalam majlis-majlis samada ijtimae
(secara jemaah) atau infradi (secara individu) keimanan mestilah mengatasi
daripada yang lain. Hendaklah lagi dan lagi, berulang-ulang kali kita hendaklah
memperkatakan tentang keimanan, yakin dengan janji-janji Allah walaupun tidak
nampak dengan mata zahir. Untuk wujudkan perkara ini kita kena dakwah, cerita,
cakap lagi dan lagi tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Dengan dakwah
akan wujud peningkatan dalam amal. Dakwah dan amal saling memerlukan antara satu
sama lain. Bila dakwah kurang, amal akan menjadi kurang. Hari ini bila kita
tertinggal dalam dakwah, kita terasa kekurangan dalam amal. Bila amal kurang
bermakna kita kurang berdakwah. Iman jadi lemah, godaan syaitan akan menjadi
kuat. Dakwah menjadi sumber kekuatan dalam amalan. Dakwah menjadi pemangkin
kepada amal. Apa-apa asbab yang bertentangan dengan amal, rupa bentuk benda yang
bertentangan dengan amal dan bertentangan dengan akhirat tidak dapat kita
memahami hakikatnya tanpa kita takluk kepada Allah swt. Kita perlu tahu melalui
dakwah apa faedah yang akan kita dapat, ada kesempurnaan amal yang kita dapat
laksanakan.
Untuk
mendapatkan, memperbaharui iman ialah dengan mengenal Allah swt, memahami kudrat
Allah swt, semua makhluk perlu diperkenalkan dengan kekuatan, kebesaran Allah
swt. Akan datang satu masa, kiamat akan berlaku, pada masa itu semua peraturan
alam akan binasa. Semua makhluk dicipta untuk mengenal Allah swt. Kita mengenal
yang mencipta dari ciptaannya. Semua benda-benda Allah cipta untuk kita lihat
akan kehebatan Allah. Makhluk Allah dijadikan untuk menghubungkan antara dia
dengan kehebatan Allah swt, dia menafikan apa yang dia nampak pada zahirnya.
Ibrahim a.s. mengingkari semua rupa bentuk makhluk samada yang bergerak atau
tidak bergerak, kita perlu menafikan segala rupa bentuk makhluk yang zahir dan
mensabitkan dengan kudrat, kebesaran dan kehebatan Allah swt, dengan ini kita
berjalan menuju penghampiran kepada Allah swt.
Kemudian Ibrahim a.s. diuji hendak
dicampakkan ke dalam api yang besar sehingga burung-burung pun tidak dapat
terbang atasnya. Dalam keadaan begitu Ibrahim a.s. dengan segala kekuatannya
bersama malaikat gunung dan malaikat laut ingin membantu tetapi Ibrahim a.s.
menolak seraya berkata "saya tidak perlu pada bantuan tuan, cukup pada hanya
Allah". Ibrahim a.s. terang-terang mengingkari apa yang dia lihat pada zahirnya.
Allah kemudian perintahkan api yang panas menjadi sejuk. Apabila seseorang
mengambil zat sepenuhnya daripada Allah swt, maka Allah juga terus membuat
keputusan/perintah, api menjadi sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim a.s. maka
Ibrahim a.s sejahtera dalam api tersebut.
Untuk mengambil faedah dari Allah
swt, kita kena menafikan semua makhluk yang ada. Ini merupakan amalan harian.
Setiap hari kita berzikir dengan kalimah "Laillaha illallah" dan bergerak
dikalangan umat untuk menerangkan mahfum maksud kalimah ini. Kita zikir kalimah
ini dan menyeru manusia kepada kalimah ini. Dua-dua perkara ini dituntut. Setiap
hari kita kena dakwah "Laillaha illallah", yang berkausa hanya Allah yang lain
tidak boleh buat apa-apa. Setiap hari kita kena mengingkari semua rupa bentuk
zahir yang ada. Ini adalah perkara asas, tauhid adalah ibu kepada ketaatan. Ilmu
tauhid ceritakan kudrat dan kebesaran Allah swt, semua nizam atau peraturan alam
ini Allah yang cipta, Allah arahkan Nabi-Nabi mengingatkan pada manusia bahawa
Allah menjadikan bumi, langit dan seluruh alam ini. Kalau kita tidak kenal
pencipta, kita akan yakin dengan apa yang dicipta. Orang kafir tenggelam dalam
apa yang dicipta Allah seperti bulan, bintang, matahari, tetapi orang mukmin
tenggelam dengan pencipta yakni Allah swt.
Untuk memperkuatkan iman kita,
Maulana kata ada 4 saluran:
1. Ceritakan kebesaran Allah, keagungan Allah, kehebatan Allah
semasa ziarah dan apabila sembang-semabang bersama kawan-kawan dalam masjid. Ini
adalah amalan para sahabat. Hadrat Maulana Yusuf rah. menulis dalam Hayatus
Sahabah, dimana sahabat-sahabat membuat majlis-majlis zikir, halaqah-halaqah
Iman. Hari ini halaqah-halaqah iman telah tiada di masjid-masjid. Dalam masjid
ada cerita-cerita dunia, business dan politik. Sahabat-sahabat mengajak satu
sama lain duduk seketika untuk muzakarah (bincang) iman.
2. Ceritakan bantuan ghaib Allah
kepada Nabi-nabi. Kita perlu baca kisah-kisah Nabi bukan kisah sejarah bahkan
untuk dibawa sebagai tazkirah untuk memperkuatkan yakin bahawa pada hari ini
juga Allah akan membantu orang Islam sepertimana Allah bantu Nabi-nabi
terdahulu. Allah berfirman bahawa "Kami menceritakan kepada kamu kisah-kisah
nabi dan rasul terdahulu untuk memantapkan keyakinan hati kamu". Kisah-kisah
nabi itu adalah sebagai iktibar kepada kaum mukmin untuk memantapkan yakin
kepada Allah. Kita kena meyakini bantuan Allah kepada Nabi-nabi, Allah yang sama
juga yang akan membantu umat ini apabila kita membuat kerja
Nabi-nabi.
3.
Menceritakan bantuan Allah kepada para Sahabat. Kita perlu baca kisah-kisah
sahabat itu untuk memperkuatkan Iman kita. Kita perlu menyakini bantu-bantuan
ghaib Allah kepada para Sahabat r.a. Dalam keadaan sekarang apa yang berlaku
dalam pemikiran umat bahawa bantuan itu telah berlalu. Ini yang menyebabkan syak
dalam agama kita. Keadaan itu menyebabkan kita berasa maazur atau uzur atau
malas untuk mengamalkan syariat kerana keyakinan kepada janji Allah telah keluar
dari hati-hati kita. Perkara perkhabaran dari Nabi adalah Hak, dan nadar iaitu
perkhabaran dari apa yang nampak. Seorang sahabat memberitahu Abu Darda r.a.
bahawa rumahnya terbakar, Abu Darda diam, seterusnya orang kedua memberitakan
perkhabaran yang sama, begitu juga orang ketiga yang menceritakan perkhabaran
yang serupa tetapi orang yang keempat mengkhabarkan rumah tuan tidak terbakar.
Abu Darda berkata aku dah yakin bahawa rumah aku tidak terbakar kerana aku telah
membaca doa yang diajar oelh Nabi s.a.w. bahawa barang siapa yang menbaca doa
itu diwaktu pagi nescaya rumahnya tidak terbakar dan Abu Darda r.a telah membaca
doa tersebut. Allah bertindak atas sangkaan hambanya. Keadaan-keadaan yang ada
sekarang, keyakinan dengan bantuan Allah telah terkeluar dikalangan orang Islam.
Ini akan membuat kita uzur atau malas untuk mengamalkan agama secara sempurna.
Sedangkan Nabi s.a.w. bersabda bahawa bantuan Allah kepada umat akhir zaman
sepuluh kali ganda sebagaimana Allah membantu para Sahabat. Kita ceritakan
bantuan ghaib Allah kepada Sahabat supaya kita bersangka baik dengan Allah swt.
Allah akan berurusan dengan kita atas sangkaan kita. Bantuan Allah tidak
berhubung kait pada masa yang berlalu tetapi begantung kepada amal
kita.
4. Menceritakan
iman dengan alamat-alamatnya. Usaha wujudkan iman bersama dengan alamatnya
sekali. Sahabat-sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. "Iman itu apa?" Rasulullah
s.a.w. bersabda, "ketaatan mengembirakan kamu dan kemaksiatan, menyedihkan
kamu". Iman adalah taqwa, apabila ada iman, taqwa akan datang sekali. Tidak
mungkin seorang itu beriman tetapi tidak bertaqwa. Dalam Al-Quran Allah sebut
kalimah ini sebagai kalimah taqwa. Alamat iman yang pertama ialah taqwa, apa itu
taqwa? Taqwa ialah takut kepada Allah ketika berseorangan, ketika bersunyi diri.
Misalnya seseorang hendak buat dosa, tetapi depan orang ramai dia tidak buat
atau seseorang itu hendak buat dosa tetapi takut orang nampak, itu pun sudah
dosa. Semua asas amalan baik ialah taqwa. Taqwa dan sabar adalah sama,
kedua-duanya dituntut. Jika kita taqwa dan sabar serta-merta akan datang bantuan
Allah. Sekarang orang ada sabar tetapi tidak ada taqwa. Kalau ada sabar tetapi
tidak ada taqwa nusrah (bantuan) Allah tidak akan datang. Walaupun umat ditimpa
kesusahan dan kesempitan, mereka bersabar tetapi nusrah Allah masih tidak turun
kerana mereka tidak taqwa. Dimana Allah cerita dalam Al-Quran, sabar dan taqwa,
kedua-duanya perlu. Hanya sabar tanpa taqwa ia tidak sempurna. Dengan sabar ada
janji Allah iaitu perlu taqwa. Taqwa pun ada janjiNya iaitu perlu
sabar.
5 janji Allah
dengan taqwa.
1.
Orang yang takut dengan Allah, Allah akan buka jalan-jalan penyelesaian,
keluarkan dia dari kesusahan seperti Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf sabar apabila
dikhianati oleh saudara-saudaranya. Kemudian dia jadi budak suruhan Zulaikha.
Tetapi sebab Nabi Yusuf sabar dan taqwa, maka saudara-saudaranya pula berhajat
kepadanya, datang minta makanan dan bantuan daripadanya.
2. Allah akan mudahkan rezekinya.
Allah swt mudahkan Nabi Daud a.s. dalam mencari rezeki dimana besi untuk membuat
pedang lembut seperti tepung diuli, kerana untuk usaha dakwah dia tidak perlu
guna harta dan kerajaan.
3. Allah memberi ganjaran.
4. Allah ampunkan semua dosanya yang
lalu.
5. Mendapat
rezeki yang halal.
Oleh itu perkara yang pertama kita lakukan ialah kita kena bawa
taqwa dalam muamalat (pekerjaan/perniagaan) kita. Kita perlu sedar diri kita
beribadah jadi makanan kita mesti jauh dari yang haram. Kita perlu yakin dengan
memakan makanan yang haram, akan rosak amalan kita. Saidina Abu Bakar r.a
termakan satu suap dari hasil tukang tilik, dia terus muntahkan balik. Beliau
sedia mati disebabkan makanan itu. Sebab itu dalam usaha kita cari rezeki, perlu
bawa taqwa, supaya kita dapat rezeki yang halal. Apa yang kita yakin itulah yang
akan datang dalam amalan kita. Dalam ibadat bukan sahaja pakaian suci, makanan
suci, tempat suci, tapi darah kita yang mengalir pun mesti jauh dari yang haram
yakni mesti suci. Ini penting kerana ia termasuk taqwa zahir. Maka kita mesti
jauhkan dari riba', jauhkan dari penipuan. Dalam muamalat mesti ada taqwa supaya
terhindar dari makanan haram kerana darah yang mengalir mesti suci untuk kita
jaga amalan agama kita.
Oleh itu usaha cari makan ini kita perlu berlandaskan agama dengan
cara letakkan amal dihadapan dari asbab. Asbab bukan maksud tetapi kita kena
letak hukum dalam asbab, Allah swt bagi asbab untuk kita letakkan hukum dan dari
hukum ini Allah wujudkan keberkatan. Dalam perniagaan tiada keuntungan,
pemeliharaan, dalam ubat tidak ada kesihatan, untuk dapat terus dari zat Allah
ialah dengan amal. Allah hendak lihat kita yakin pada asbab atau yakin pada
Allah. Ubat belum tentu boleh bagi kita sihat tanpa izin Allah, makanan tak
boleh mengenyangkan kalau Allah tak izinkan, kerja kuat siang malam belum tentu
boleh buat kita kaya tanpa izin Allah, harta belum tentu buat kita bahagia tanpa
izin Allah. Allah nak lihat kita pilih asbab atau pilih hukum. Misalnya
seseorang hendak keluar pergi berniaga, dia sembahyang 2 rakaat dahulu. Allah
telah beritahu bahawa Allah jadikan dunia ini dengan perhiasan-perhiasan untuk
ujian. Seperti Nabi Sulaiman a.s. Allah bagi asbab yang banyak, beri dia kuasa,
ada kerajaan yang luas, ada harta yang banyak, istana Ratu Balqis datang padanya
sekelip mata; Allah hendak lihat dia bersyukur atau kufur. Oleh itu semua asbab
yang kita nampak atau tidak nampak perlu kita kembalikan kepada Allah swt.
Apabila kita tumpukan ghairullah daripada Allah, Allah akan tarik keberkatan dan
manfaat darinya. Sebab itu kita perlu yakin dengan janji Allah, yakin dengan
kudrat Allah dan yakin dengan hukum-hakam Allah swt. Dengan hukum-hakam Allah
swt, ada janji Allah swt.
Untuk datangkan yakin ini kita perlu dakwah, dakwah dan dakwah.
Dengan dakwah wujud suasana, yakin akan berubah tetapi dengan syarat umat ini
datang dengan cara majmuknya atau seluruhnya pada dakwah. Jadi orang beriman
yang menyakini bahawa tanpa dakwah tidak akan keluar daripada kerugian. "Demi
masa, semua manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan amal soleh, dan
yang berpesan-pesan dengan hak dan yang berpesan-pesan dengan sabar" (surah
al-asr), kedua-duanya perlu. Setiap orang beriman ada 4 tanggungjawab ini. Allah
akan mengeluarkan umat ini dari segala kerugian apabila kita membuat kerja
dakwah.
Orang mukmin
perlu mengambil pelajaran dari keadaan yang menimpa dia, dia tidak dapat keluar
tanpa iman. Orang mukmin perlu sedar bahawa tidak ada jalan lain untuk
mengeluarkan mereka dari musibah yang datang, kecuali membuat hanya satu usaha
sahaja iaitu membuat usaha atas iman dan amal, dan mengajak orang lain juga
untuk membuat usaha iman dan amal, dan laksanakannya dengan penuh kesabaran.
Tanggungjawab ini perlu dilakukan secara ijtimae (berjemaah), kita kena jadikan
setiap umat ini da'ei. Bila mana ada umat yang tidak datang kepada usaha dakwah,
maka usaha akan pincang, umat akan tidak selamat.
Untuk membawa agama dalam kehidupan,
kita setiap orang mukmin perlu membuat usaha atas agama. Ulama' beritahu bahawa
ada orang tidak membuat dakwah yang makruf sebab dia tidak beramal lagi dengan
amal tersebut. Sebetulnya kita perlu seru kepada makruf juga walaupun kita tidak
amal. Kalau dia buat dakwah dan juga amal, itulah yang sebaik-baiknya. Apabila
kita buat kerja dakwah, akan timbul keinginan melakukan makruf dan Allah akan
wujudkan kebencian dalam melakukan yang mungkar. Maka jadilah dia sebaik-baik
mukmin yang diredhai oleh Allah swt. Oleh sebab itu kita perlu niat, kita perlu
buat dan bawa seluruh umat kepada kerja ini.
Maka marilah kita semua berdoa, "Ya,
Allah, apa-apa kesalahan dan kekurangan yang telah berlaku sehingga sekarang
maafkanlah kami Ya Allah, untuk masa akan datang pilihlah kami Ya Allah untuk
kami ambil tanggungjawab Nabi sebagai tanggungjawab kami Ya Allah". "Wahai Robb,
jika umat tidak datang kepada kerja Nabi, umat ini akan rosak, ya Allah
kasihanilah kami. Orang Islam di seluruh dunia terimalah mereka buat usaha Nabi
dengan cara Nabi. Semua orang bukan Islam juga keluarga kamu Ya Allah, kalau
mereka tidak diselamatkan, mereka selama-lamanya akan masuk neraka. Di dalam
kubur 99 ekor yang akan patuk mereka Ya Allah, semua orang bukan islam
masukkanlah mereka dalam Islam. Kami tidak mahu apa-apa Ya Allah. Apa kehendak
kamu Ya Allah untuk orang Islam dan yang bukan Islam, itulah hendak kami
penuhi". "Ya Allah, terimalah saya dan rakan-rakan saya yang buat usaha agama
sepertimana yang kamu kehendakki. Terimalah doa kami ya Allah" Amin Ya Rabbal
Alamin.
Semua azam
untuk buat dakwah insyaAllah?