• About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Contact

Suara Islam Seruanku

  • Home
  • Adab Sunnah
  • Nasihat
  • biografi
  • Dakwah
  • Al Kisah
  • quran-Hadist
  • Download
  • Hukum Fiqih
  • Bahasa Arab
Home » nasihat » Perkataan hikmah Orang Soleh #11

Perkataan hikmah Orang Soleh #11

501. Umar bin Abdul Aziz rah.a berkata: “Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan bersyukur kepada-Nya.” (Tazkiyah An Nafs, 98)

502. Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menyatakan: “Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai alim (berilmu) tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisap amal perbuatannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/544)

503. Imam Asy-Syafi’i dalam Diwan (kumpulan syairnya) berkata: “Orang yang faqih adalah yang beramal dengan perbuatan, Bukan dinamakan faqih jika hanya fasih dengan lisan dan perkataan. Dan yang disebut pemimpin adalah yang memimpin dengan kelembutan, Bukan dinamakan pemimpin hanya dengan banyaknya pengikut dan bawahan. Demikian juga yang disebut kaya adalah orang yang dermawan, Bukan dinamakan kaya hanya dengan sekadar banyaknya harta simpanan.”

504. Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: “Perbezaan dalam masalah hukum banyak sekali jumlahnya. Seandainya setiap muslim mesti bermusuhan kerana berbeza pendapat dalam suatu permasalahan, maka tidak akan ada lagi persaudaraan pada setiap muslim.” (Majmu' al-Fatawa: 5/408)

505. Yahya berkata: “Sebaik-baik teman adalah yang mengatakan kepada temannya, 'Mari kita puasa sebelum kita mati'. Sedangkan seburuk-buruk teman adalah yang mengatakan kepada temannya, 'Mari kita makan dan minum sebelum kita mati'.” (Hilyatul Auliya': 3/71)

506. Iman Al-Hasan Al-Basri berkata: “Orang yang beriman itu melakukan amal keta'atan sedangkan hatinya takut, gundah dan khuatir. Sedangkan manusia penderhaka melakukan maksiat dan hatinya tenteram.” (Ibnu Katsir/ 2:235)

507. Dikatakan kepada Abdullah ibn al Hasan ibn al Husain rahimahullah, “Apa pendapatmu tentang perdebatan (mira’)?” Dia menjawab: “Merosak persahabatan yang lama dan mengurai ikatan yang kuat. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi pendorong untuk mendapatkan kemenangan itu adalah sebab pemutus tali silaturrahim yang paling kuat.” (Tarikh Dimasyq, 27-380)

508. Bilal ibn Sa’d rahimahullah berkata: “Jika kamu melihat seseorang berterusan berbahas dan berdebat maka sempurnalah kerugiannya.” (al-Adab al-Syar’iyyah: 1/23)

509. Imam Malik rahimahullah mengatakan: “Jidal(perdebatan) dalam agama itu bukan apa-apa (tidak ada nilainya sama sekali).” Imam Malik juga berkata: “Sesungguhnya, jidal itu mengeraskan hati dan menimbulkan kebencian.”

510. Manusia diciptakan daripada tanah. Tanah berbagai jenis dan warna. Sifat tanah apabila diusahakan, Allah Swt akan mendatangkan pelbagai manfaat. Sebaliknya, tidak akan mendatangkan apa-apa bahkan beri mudharat. Begitu juga manusia, apabila diusahakan, akan datang sifat-sifat mahmudah. Sebaliknya jika tidak diusahakan, akan datang sifat-sifat yang buruk. - Tamthil

511. “Bagiku ilmu dan dzikir seandainya kurang dalam usaha ini adalah satu hambatan. Dan kekurangan ilmu dan dzikir ini adalah disebabkan kurangnya ahli–ahli ilmu dan ahli–ahli dzikir yang turut dalam usaha dakwah ini. Seandainya para ahli ilmu dan dzikir menyingsingkan lengan mereka untuk kerja ini, maka akan menyempurnakan kerja ini. Untuk saat ini, ilmu masih terpenjara dalam dua tempat; kitab–kitab agama dan para hati para ulama. Ilmu masih belum tersebar ke tengah masyarakat umum. Hal ini perlu diperbaiki secara bersama–sama.” - Maulana Muhammad Ilyas rah.a

512. Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian (dari kalangan sahabat dan tabi'in) membenci ucapan yang tidak bermanfaat. Mereka menganggap bahawa semua ucapan termasuk dalam ucapan yang tidak bermanfaat, kecuali tiga hal: 1.membaca al-Qur'an. 2.Amar ma'ruf nahi mungkar. 3. Pembicaraan seseorang dalam hal yang memang ia harus berbicara tentangnya seperlunya. ('Atha)

513. Tabiat yang tidak berhasil seperti melatih kucing yang membawa lilin di kepala dan berjalan dengan menggunakan dua kaki. Ketika sedang dipertontonkan kebolehannya, tiba-tiba ada orang melempar ikan, maka ditinggalkan lilin dan mengejar ikan tersebut. Begitulah ahli Dakwah yang tidak betul dalam tarbiyah ketika pulang ke rumah, tergoda dengan keduniaan dan mangabaikan Amal. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a

514. Amal yang dibuat tanpa yakin seperti menerbangkan pesawat tanpa mesin. Sedangkan amal yang dikerjakan tanpa Adab seperti solat tanpa wudhu. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a

515. Sifat salafus soleh: 1.Sentiasa berjemaah, 2.Mengikuti sunnah, 3.Memakmurkan masjid, 4.Tilawah al Quran dan 5.Berjihad. (Imam al Auza-i Rahimahullah)

516. Abu Sulaiman ad-Darani berkata: “Jika di hati ada akhirat maka dunia datang mendesaknya. Jika dunia ada di dalam hati, akhirat tidak datang mendesaknya, kerana akhirat itu mulia sedangkan dunia itu tercela.” (Tazkiyatun Nafs)

517. Al-Fudhail berkata: “Seandainya dunia itu dari emas yang sirna dan akhirat itu dari tembikar yang kekal nescaya kita harus memilih tembikar yang kekal daripada emas yang sirna. Bagaimana pula jika kita memilih tembikar yang sirna daripada emas yang kekal?” (Tazkiyatun Nafs)

518. Pintu menuju kecerdasan ada empat: 1. al-khauf (takut) 2. ar-raja' (harap) 3. al-mahabbah (cinta) 4. asy-syauq (rindu). Tiap pintu tersebut memiliki kunci masing-masing. Melaksanakan ibadah fardhu (wajib) adalah kunci pembuka pintu al-khauf. Melaksanakan ibadah nafilah(sunat) adalah kunci pembuka pintu ar-raja'. Cinta, senang dan rindu untuk beribadah adalah kunci pembuka pintu al-mahabbah. Dan sentiasa berzikir kepada Allah dengan hati dan lisan adalah kunci pembuka pintu asy-syauq. (Dzun-Nun)

519. Ibrahim bin Adham berkata: “Wara' ertinya meninggalkan setiap syubhat, sedangkan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat bagimu ertinya meninggalkan hal-hal yang terlebih.” (Madarijus Salikin)

520. “Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu, maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri dari belenggu dunia.” (Imam Al-Ghazali)

521. Berkata Luqman kepada anaknya: “Jika berbicara itu perak maka diam itu emas, maksudnya jika berbicara untuk taat kepada Allah adalah perak maka diam untuk tidak bermaksiat kepada Allah adalah emas.” (as-Shumtu Imam Ibnu Abi Dunya, Hal. 47)

522. Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: “Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak pantas mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong menerima kebenaran dari orang lain.” (Jami’ul Ulum Wal Hikam, 2/275)

523. Raghib Al-Asfahani rahimahullah berkata: “Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain. Kesombongan yang paling parah adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan maupun dalam mentauhidkan-Nya.” (Umdatul Qari', 22/140)

524. Abdullah bin Mubarak rah berkata: “Berapa banyak amalan kecil menjadi besar kerana niat, dan berapa banyak pula amalan besar menjadi kecil kerana niat.”(Jami' Al-Ulum wa Al-Hikam,12)

525. Berkata Imam as-Suyuthi Rahimahullah: “Empat sebab su'ul Khotimah: Meremehkan dan malas solat, minum khamar, derhaka kepada orang tua, menyakiti dan merosak kehormatan orang muslim.” (Syarhus Shudur, Hal. 41)

526. Berkata Sahl bin al-Mutawakkil Rahimahullah: “Aku menjumpai 1000 ustaz (Ulama) atau lebih semuanya mengatakan Iman itu perkataan dan amalan, bertambah dan berkurang.” (Syarah Usul Iktiqad, al-Lalikaie, 4/348)

527. Ar-Rabi' bin Sulayman berkata: “Saya mendengar Asy-Syafi'iy berkata: Amalan yang paling susah itu tiga: Pemurah dalam kekurangan, dan wara' dalam khulwah (bersendirian), dan perkataan yang benar di sisi orang yang diharapkan dan ditakuti.” (Shifatush Shafwah: 1/234)

528. Syuraih berkata: “Tatkala aku ditimpa musibah, aku empat kali memuji Allah: Pertama, aku memuji-Nya kerana musibah itu bukanlah musibah terbesar yang menimpaku. Kedua, aku memuji-Nya kerana Dia memberiku rizki berupa sabar atas musibah itu. Ketiga, aku memuji-Nya kerana Dia memberiku taufiq untuk mengucapkan istirja' (Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un) yang aku harapkan pahalanya atas ucapan itu. Keempat, aku memuji-Nya kerana musibah itu tidak menimpa agamaku.” (Siyar A’lam an-Nubala': 4/105)

529. Berjabat tangan menghilangkan perasaan permusuhan, menambah rasa cinta, dan menghilangkan perasaan dengki. (Kifayah Talib, 2/619, Jami' Ulum wal Hikam, 1/332)

530. Yunus berkata: “Aku pernah mendengar Muhammad bin Wasi’ berkata: “Seandainya dosa itu mempunyai bau, nescaya kalian tidak sanggup dekat denganku kerana busuknya bauku.” (Hilyatul Auliya', 2/349)

531. Wuhaib berkata: “Aku pernah mendengar Ayyub berkata, “Jika orang-orang soleh disebut, maka aku tidak termasuk di antara mereka.” (Hilyatul Auliya', 5/3)

532. Sa’id bin Amir berkata: “Aku mendengar bahawa Yunus bin Ubaid berkata: “Sungguh, aku pernah menghitung seratus pekerti dari sekian banyak pekerti kebajikan, namun tidak ada satupun ada pada diriku.” (Hilyatul Auliya', 3/18)

533. Hasan berkata: “Engkau akan senantiasa dihormati orang selama engkau tidak mengambil hak milik mereka. Jika engkau mengambil hak milik mereka, maka mereka akan meremehkanmu, tidak menyukai ucapanmu, dan membencimu.” (Hilyatul Auliya)

534. Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Setiap orang yang meremehkan perkara solat, bererti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bahagian dalam Islam selari dengan penjagaannya terhadap solat lima waktu. Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan solat lima waktu. Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bahagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar solat dalam hatimu.” (Ash Sholah, hal. 12)

535. Al Hasan mengatakan: “Iman bukanlah hanya dengan angan-angan (tanpa ada amalan). Namun iman adalah sesuatu yang menancap dalam hati dan dibenarkan dengan amal perbuatan.” (Ash Sholah, 35-36)

536. Ibnu Rajab rahimahullah berkata: “Sunnah adalah suatu jalan yang ditempuh. Dengan demikian perintah tersebut (berpegang teguh dengan sunnah) mencakupi berpegang teguh dengan segala keyakinan, amal, mahu pun ucapan yang diajarkan oleh Rasulullah dan para khulafa’ur rasyidin.” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, 2/120)

537. Diantara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya. (Ibnu Sirin)

538. Imam Mawardi berkata: “Jadilah engkau orang yang mencari dunia kerana terpaksa, dan carilah sebab-sebab kebahagiaan untuk hari akhirat dengan segera. Jadilah engkau di dunia bak musafir yang dalam perjalanan, kerana kematian akan datang pada suatu hari yang tidak dapat diperkirakan.” (Adabud Dunya wad Din)

539. Imam Ibnu Hibban berkata: “Orang yang bersikap hati-hati tidak akan didahului, tidak seperti orang yang tergesa-gesa yang boleh jadi dapat disusul. Orang yang diam tidak akan menyesal, tidak seperti orang yang berbicara yang boleh jadi tidak selamat. Orang yang tergesa-gesa akan berbicara sebelum mengetahui, menjawab sebelum memahami, memuji sebelum menguji, menghina setelah memuji, bertekad sebelum memikirkan, dan melaksanakan sebelum meneliti. Orang yang tergesa-gesa akan diiringi dengan penyesalan dan dijauhi keselamatan.”(Raudhatul ‘Uqala wa Nuzhatul Fudhala': 216)

540. Ibnu Hibban berkata: “Ada yang mengatakan bahawa orang yang tergesa-gesa tidak akan dipuji, orang yang pemarah tidak akan disenangi, orang yang sombong tidak akan dicintai, orang yang dermawan tidak akan didengki, orang yang kikir tidak akan menjadi kaya, dan orang yang tidak penyabar maka tidak ada yang mahu menjadi kawannya.” (Raudhatul ‘Uqala wa Nuzhatul Fudhala': 217)

541. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih merosakkan amalan daripada perasaan ujub dan terlalu memandang jasa (kebaikan) diri sendiri.” (Al-Fawa’id, 1/147)

542. Barang siapa tidak beradab maka tiadalah ilmu baginya. Barangsiapa tidak bersabar maka tidak ada agama baginya. Dan barangsiapa tidak wara' atau tidak menjaga diri dari sebarang subhat dan haram, maka tidaklah dekat dengan-Nya. (Hasan al-Bashri rah.a)

543. Sufyan rahimahullah berkata: “Suatu perkataan tidak akan diterima kecuali disertai perbuatan. Perkataan dan perbuatan tidak menjadi lurus kecuali disertai niat. Perkataan, perbuatan dan niat tidak menjadi lurus kecuali sesuai dengan As-Sunnah’.” (Talbis Iblis, hal.27)

544. Wuhaib bin Ward ditanya: “Bisakah orang yang sering bermaksiat merasakan nikmatnya ibadah? Ia menjawab: “Tidak, bahkan orang yang sekadar memikirkan (berniat) maksiat pun tidak dapat merasakannya.” (Al Hilyah Al Auliya)

545. “Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu. Sesungguhnya, engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (ahli neraka) atau orang yang berbahagia (ahli syurga).” (Abu Hazim Salamah bin Dinar)

546. “Kita berdoa dan menyangka doa terangkat padahal dosa menghadangnya lalu doa tersebut kembali. Bagaimana doa kita bisa sampai sementara dosa kita menghadang di jalannya?” (Al-Azhiyah dalam Ahkamil Ad'iyah, hal.141)

547. Diriwayatkan Ali bin Abu Thalib radhiyallahu’anhu berkata setelah solat subuh dengan bersedih hati: “Demi Allah, aku telah melihat para sahabat Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan sekarang aku tidak melihat sesuatu yang menyerupai mereka sama sekali. Mereka dahulu berdebu dan pucat pasi. Mereka melewatkan malam hari dengan sujud dan berdiri kerana Allah. Mereka membaca kitab Allah dengan bergantian pijakan kaki dan dahi mereka. Apabila menyebut Allah, mereka bergetar seperti pohon bergetar terterpa angin, mata mereka mencucurkan airmata membasahi pakaian merek dan orang-orang sekarang seakan-akan lalai (bila dibandingkan dengan mereka.” (Tazkiyatun Nafs, hal.145)

548. Abdullah bin Mas'ud radiallahuanhu berkata: “Sungguh aku meletakkan lidahku di batu kerikil yang panas lebih aku rela berbanding aku mengatakan 'seandainya tidak terjadi' terhadap sesuatu yang telah terjadi, atau 'seandainya terjadi' terhadap sesuatu yang tidak terjadi.” (Tazkiyatun Nafs, hal.387)

549. ‎Al-Fudhail berkata: “Seandainya dunia itu dari emas yang sirna dan akhirat itu dari tembikar yang kekal nescaya kita harus memilih tembikar yang kekal daripada emas yang sirna. Bagaimana pula jika kita memilih tembikar yang sirna daripada emas yang kekal?” (Tazkiyatun Nafs, hal.303)

550. ‎Jika harta sudah masuk ke dalam umat akan terjadi 4 perkara, dan ini telah terjadi secara berulang-ulang dan terus menerus sampai hari kiamat. 4 perkara itu adalah: 1. Kesibukan mengurus harta, sehingga lalai dari Amal Agama, 2. Perpecahan diantara umat, 3. Menyebabkan hati menjadi keras, 4. Pintu menuju kemaksiatan akan terbuka. - Maulana Yunus
Created with the Personal Edition of
Posted by Unknown on Wednesday, 30 April 2014 - Rating: 4.5
Title : Perkataan hikmah Orang Soleh #11
Description : 501. Umar bin Abdul Aziz rah.a berkata: “Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan bersyukur kepada-Nya.” (Tazkiyah An Nafs, 98) 502. Ibnu ‘...
Tweet

0 Response to "Perkataan hikmah Orang Soleh #11"

Post a Comment

Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Entri Populer

Blog Archive

  • May (56)
  • April (51)

Labels

Adab Sunah Belajar Bahasa Arab biografi download nasyid Hukum Fiqih humor Kisah Sahabat Nabi Laporan Kerja Dakwah Afrika Selatan Laporan Kerja Dakwah Amerika Serikat Laporan Kerja Dakwah Arab Saudi Laporan Kerja Dakwah Colombia Laporan Kerja Dakwah indonesia Laporan Kerja Dakwah Inggris Laporan Kerja Dakwah Jepang Laporan Kerja Dakwah Laos Laporan Kerja Dakwah Malaysia Laporan Kerja Dakwah Pakistan Laporan Kerja Dakwah Prancis nasihat opini quran & hadist Tamsil
Copyright © 2014 Suara Islam Seruanku - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Powered by Blogger