Para sahabat ra, dikisahkan mereka sebagian besar buta huruf,
bahkan hanya sekedar untuk menulis namanya saja tidak bisa, tetapi
mereka mampu mengamalkan agama secara sempurna. Pada saat itu, belum ada
metode dakwah atau tafsir AlQuran yang "canggih" seperti sekarang. Yang
ada tafsir amal, sehingga kalau salah satu sahabat bertanya tentang
suatu amalan AlQur'an misalnya ; sedekah, maka Abu Bakar yang ahli
sedekah dijadikan contoh, begitu seterusnya. Amalan amalan para sahabat
tidak saja dijadikan sebagai sumber rujukan bagi para sahabat lainnya,
juga menjadikan Allah ridho kepada mereka. Beberapa ayat AlQuran turun,
menurut riwayatnya disebabkan kehebatan dan kesempurnaan amalan para
sahabat ra.
Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk
berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam
hadis ada diberitahu: "Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini
dapat fadhilat 50 sahabat."
Teringat antara ucapan sahabat bila sampai ke seluruh dunia.
Kami bukan datang, kami dihantar oleh Allah untuk hidupkan Islam.
Sehingga Islam itu hidup atau kami mati dalam menyebarkan islam
Sahabat tenggelamkan separuh kuda dalam laut kemudian berkata "Wahai Allah sekiranya ada lagi manusia di dalam laut sana untuk kami dakwah, nescaya kami akan sampai."
Kalau masuk keruangan gelap, apa yang kamu lakukan?
teriak "gelap, gelap, gelap dan gelap gak akan pergi atau menyalakan obor dan gelap pun hilang dengan sendirinya?
Segala kemungkaran itu gelap.
Segala kemakrufan itu cahaya.
Jadi??? Emm...
Apakah kemungkaran yang paling besar?
berzinah kah? minum arak kah? berJudi kah? mengghibah kah? membunuh orang kah? atau yang mana?
Semua itu besar dosanya tetapi bukan yang paling besar!
Mungkar paling besar adalah mensyirikkan Allah dan meninggalkan solat!
Mungkar paling besar adalah mensyirikkan Allah dan meninggalkan solat!
Mungkar paling besar adalah mensyirikkan Allah dan meninggalkan solat!
Syirik?
Allah s.w.t tidak akan ampunkan dosa syirik!
Allah s.w.t tidak akan ampunkan dosa syirik!
Allah s.w.t tidak akan ampunkan dosa syirik!
Meninggalkan Solat?
Tidak ada tempat dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat!
Solat umpama kepala pada badan!
Perkara pertama yang akan ditanya di Mahsyar adalah solat!
Kalau solat diterima, semua amalan-amalan lain diterima! Kalau solat rusak, semua amalan-amalan lain di tolak!
nah bagaimana agar kita selamat dari semua itu?
harus buat apa?
ya kita buat makruf paling besarlah!
Apa makruf paling besar?
"MENTAUHIDKAN ALLAH S.W.T. DAN MENDIRIKAN SHOLAT"
Hari-hari kita (setiap kita) kena ajak manusia mentauhidkan Allah s.w.t!
Apa kita bicarakan? Kita jumpa manusia dan kita Katakan di hadapan mereka:
”Allah Maha Kuasa, selain dari Allah adalah makhluk yang berhajat
kepada Allah.” ”Harta, Takhta, Senjata; semua makhluk” ” Kita boleh guna
makhluk, tetapi jangan ada walau sebesar debu pun yaqin didalam hati
yang makhluk itu berkuasa untuk beri manfaat dan mudharat”
Semua Nabi-Nabi dihantar untuk ajak manusia mentauhidkan Allah s.w.t.
Nabi-Nabi tidak pernah mengajak manusia membina harta, takhta, senjata
(Nauzubillah) walaupun sebagian mereka ada dan mengunakan semua itu.
TANDA IMAN ADALAH AMAL
Amal kita mencerminkan iman yang ada dalam hati kita!
Dari mulut, turun ke hati dan dizahirkan dengan amal.
Muazin kata: ”Allahu Akbar, Allahu Akbar”
Hati kata, ”Benar Allah Maha Besar!”
Badan berkata: ”Ish! Aku harus solat sekarang! Allah panggil tu”
”dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk”
Muazin suruh apa? Muazin suruh solat berjemaahlah tu!
Muazin kata: Marilah solat! Mari ke mana? Muazin di mana? Fikir...!!
”sesungguhnya, solat itu mencegah dari fahsyak dan mungkar”
Siapa yang kata ini??
perkataan siapa?
Fikir......!!!
Semoga Allah istiqomahkan kita dalam usaha dakwah......!!!
#Allahuakbar, InsyaAllah Azam keluar lagi dan lagi sampai tiada
lagi..insyaAllah semua yang baca boleh niat hendak tiru2 pengorbanan
nabi...moga Allah pilih satu hari nanti...!!!
Title : TANDA IMAN ADALAH AMAL; DAKWAH CARA NABI
Description : Para sahabat ra, dikisahkan mereka sebagian besar buta huruf, bahkan hanya sekedar untuk menulis namanya saja tidak bisa, tetapi mereka ma...