001. Imam al-Hasan berkata: “Siapakah antara
kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai
jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun
yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” (Al-Jami’ li
Ahkamil Qur’an: 1/367, Al-Qurthubi)
002. Imam Said bin Jubair berkata: “Jika
seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran
sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan
mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Imam Malik amat bersetuju
dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau
menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?” (al-Jami' Li
Ahkami al-Quran, Imam Qurthubi)
003. Berkata Imam Malik rahimahullah:
“Perdebatan hanyalah akan membawa pada pertikaian dan menghilangkan cahaya ilmu
dari dalam hati, serta mengeraskan hati dan melahirkan kedengkian. (Syiar
a’lamin Nubala’, 8/ 106)
004. Musim ibn Yasar rahimahullah berkata:
“Jauhilah perdebatan, kerana ia adalah saat kebodohan seorang alim, di dalamnya
syaitan menginginkan ketergelincirannya.” (Ibnu Baththah, al-Ibanah al-Kubra;
Darimi: 404)
005. Ja’far ibn Muhammad rahimahullah berkata:
“Jauhilah oleh kalian pertengkaran dalam agama, kerana ia menyibukkan
(mengacaukan) hati dan mewariskan kemunafikan.” (Baihaqi dalam Syu’ab:
8249)
006. Imam as-Syafi’i rahimahullah berkata:
“Perdebatan dalam agama itu mengeraskan hati dan menanam sifat kedengkian yang
mendalam.” (Thobaqat Syafiiyyah 1/7, Siyar 10/28)
007. Ibnu Abdil Bar berkata: “Tidak akan
pernah bahagia orang yang suka berdebat. Dan tidaklah engkau menjumpai seseorang
yang suka berdebat kecuali di hatinya tersimpan sebuah penyakit.” (Jami al-Bayan
al-Ilmi)";
008. Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Cukuplah engkau sebagai orang yang zalim bila engkau selalu berdebat. Dan
cukuplah dosamu jika kamu selalu menentang, dan cukuplah dosamu bila kamu selalu
bercakap yakni selain daripada berzikir kepada Allah.” (al-Fakihi dalam Akhbar
Makkah)
009. Muhammad ibn Ali ibn Husain rahimahullah
berkata: “Pertikaian itu menghapuskan agama dan menumbuhkan permusuhan di
hati-hati manusia.” (al-Adab al-Syar’iyyah: 1/23)
010. Imam Malik rahimahullah pernah ditanya
berkenaan seseorang yang memiliki ilmu sunnah sama ada dia boleh berdebat dalam
membela sunnah. Dia menjawab,”Tidak, memadai dengan hanya memberitahu tentang
sunnah.” (Tartibul Madarik wa Taqribul Masalik: 1/51; Siyarul A’lam: 8/106;
al-Syari’ah: 62-65)
011. Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah
berkata: “Sungguh ramai orang telah terfitnah daripada generasi ini dengan
penyakit suka berdebat atau berbantah-bantahan. Beranggapan bahawa mereka yang
banyak berkomentar dan berdebat dalam masalah agama adalah lebih alim daripada
mereka yang tidak banyak berkomentar dan berdebat. Ini tidak benar kerana
komentar-komentar generasi tabi’in lebih banyak daripada komentar para sahabat,
walhal para sahabat lebih alim daripada tabi’in; dan begitu juga
komentar-komentar generasi tabi' at-tabi'in lebih banyak daripada generasi
tabi’in, walhal generasi tabi’in lebih alim daripada generasi tabi' at-tabi'in.”
(Fadlu Ilmi Salaf)
012. Dalam buku tarikh dikisahkan bahwa ada
seorang wa’izh (pemberi nasihat) datang kepada khalifah Harun ar Rasyid. Orang
itu berkata dengan cara yang sangat kasar. Maka khalifah Harun ar Rasyid berkata
kepadanya: “Ingatlah bahawa aku tidak sejahat fir’aun dan engkau tidak sebaik
Musa as. Allah telah memerintahkan Nabi Musa as berdakwah kepada fir’aun dengan
cara yang lemah lembut”. Harun ar Rasyid membaca surah Taha ayat 44 (mafhumnya);
“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut,
semoga ia beringat atau takut.”
013. Iman yang tidak sempurna tidak akan dapat
beramal dengan sempurna. - Maulana Muhammad Saad
014. Allah Swt mudahkan agama untuk kita.
Agama itu begitu mudah dan senang diamalkan. Mudah kepada orang-orang yang
mempunyai kemuliaan agama dalam hati mereka, kebesaran agama dalam hati mereka,
keyakinan terhadap kejayaan melalui agama dalam hati mereka, untuk mereka ini,
Allah Swt begitu mudahkan agama. - Bayan Ijtima Malaysia, Maulana
Zubair
015. Apabila seseorang menghendaki sesuatu
atau sifat-sifat baik wujud pada dirinya, maka dia harus mentablighkan terlebih
dahulu kebaikan-kebaikan tersebut dengan sifat-sifatnya. - Maulana Muhammad
Yusuf rah.a
016. Untuk taat kepada Allah Swt, zahirnya ada
kesusahan dan keletihan, tetapi hakikatnya Allah Swt memberi ketenangan.
Sebagaimana orang yang memakan sambal, zahirnya kepedasan, berpeluh, kepanasan,
tetapi ingin menambah lagi. Begitu juga ahli dunia melihat ahli da’wah sengsara
dalam usaha agama, tetapi mereka sendiri senantiasa bersyukur, Allah Swt beri
ketenangan dalam kehidupannya. - Maulana Ismail
017. Da’wah adalah penyelesaian masalah
infradi dan ijtimai. Allah Swt telah berfirman, “Siapa yang lebih baik
perkataannya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah Swt
dan beramal sholeh”. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya akan terwujud
dengan menyatukan da’wah dan ibadah. Ini tidak hanya merupakan pertanyaan tetapi
penjelasan dan penegasan bahawa da’wah itulah satu-satunya jalan untuk
mendapatkan agama yang baik. - Maulana Muhammad Saad
018. Jika umat berdakwah secara ijtimai, maka
agama akan wujud dalam kehidupan umat ini. Jika tidak, umat Islam akan jadi
mad’u (objek dakwah), waktu dan harta akan digunakan untuk perkara yang sia-sia.
Jika umat terlibat dalam usaha dakwah, maka harta dan waktu akan terpelihara dan
akan digunakan untuk hal-hal yang bermanfaat. - Maulana Muhammad Saad
019. Innalladzina Robbunnallah Sumastaqomu..
Kehormatan ayat ini Allah berikan kepada orang yang yakin kepada Allah Swt.
Orang yang meyakini semua perkataan Allah Swt ini adalah benar. Orang yang dalam
setiap keadaan selalu mendahulukan Allah. Orang yang meyakini bahawa segala
sesuatu ini milik Allah dan kerja Allah Swt, semua yang terjadi ini ada dalam
genggaman dan kekuasaan Allah Swt. - Maulana Muhammad Saad
020. Yang saya khawatirkan nanti akan terjadi
dimana orang itu seperti usaha agama, namun disisi Allah tidak sedang usaha
agama. Mengapa bisa begitu ? ini karena maksud usaha agama ini bagaimana diri
kita ini sifatnya tambah baik, yakinnya tambah kuat, ketaatannya pada Allah Swt
meningkat, kecintaannya kepada sunnah semakin bertambah, sholatnya makin khusyu,
ilmunya semakin bertambah, inilah maksud usaha agama. Tapi hari ini orang usaha
agama hanya untuk orang lain saja bukan untuk diri sendiri. Inilah yang dimaksud
kita disisi manusia terlihat seperti usaha agama tetapi disisi Allah bukan
sedang usaha agama. - Syeikh Maulana Ilyas Rah.A
021. Abu Hamid Lafaf rahimahullah berkata:
Barangsiapa banyak mengingat mati maka ia akan mendapatkan 3 jenis kemuliaan. 1.
Taufiq untuk cepat bertaubat. 2. Sifat qana'ah (merasa puas dengan yang ada
dalam segi harta). 3. Ketenangan & kenikmatan dalam beribadah. Dan
barangsiapa yang lalai daripada mengingat maut (kematian) maka ia akan ditimpa 3
jenis musibah. 1. Lalai untuk bertaubat. 2. Tidak merasa puas dengan hartanya
(selalu merasa kurang walau pun memiliki harta yang banyak) 3. Malas beribadah.
(Tanbihul Ghafilin)
022. Di masa ini, nilai kebendaan begitu
tinggi kerana adanya usaha terhadap kebendaan yang terus meningkat. Jika Iman
manusia ini tidak di usahakan, maka permintaan atau keinginan manusia ke atas
hidayah(iman) akan berkurang. Tetapi jika ada usaha atas Iman, maka permintaan
atau keinginan manusia terhadap hidayah akan bertambah. - Maulana Muhammad
Saad
023. Beruntunglah orang-orang yang mengenal
usaha dakwah, lebih beruntung lagi yang istiqamah dalam usaha ini, tetapi yang
paling beruntung ialah mereka yang mati di dalam usaha dakwah ini. - Maulana
I'namul Hasan rah.a
024. Hadratji Maulana In'amul-Hassan rah.a
pernah berkata: Apa itu istikhlas? Satu kerja (sahaja) ialah dakwah yang kita
ada. Kita hanya akan melakukan kerja itu sahaja. Kita tidak akan buat kerja
lain. Tetapi usaha agama yang lain juga berjalan. Jangan kita memandang ringan
akan mereka. Juga jangan kita mengkritik akan mereka yang membuat usaha lain dan
jangan kita mencari kelemahan mereka. (Malfuzat Hadratji Maulana In'amul Hassan,
hal. 22)
025. Imam Malik rahimahullah berkata:
Pembaikan(islah) umat terakhir tidak mungkin tercapai melainkan dengan cara yang
digunakan oleh umat permulaan. (Hajjatun Nabi 1/71)
026. Kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan
dunia ini akan berakhir (fana) dan tidak kekal seumpama kalaulah dunia ini
dipenuhi dengan biji-bijian. Selepas setiap seribu tahun akan datang seekor
burung yang bertugas untuk mematuk sebiji daripada bijian itu dan membawanya ke
tempat lain, lama kelamaan bijian itu akan kehabisan pada suatu hari. Tapi
kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang tiada pengakhirannya. (Imam Ghazali
rahimahullah)
027. Pernah satu ketika di Ijtimak Raiwend,
Mufti Sahab pernah berkata kepada orang Malaysia dan Indonesia yang bermazhab
Syafie: “Hai pengikut-pengikut Syafie! Kamu telah mewajibkan Fatihah dibaca
dalam setiap rakaat solat kamu dan dalam Fatihah ada ungkapan Tunjukilah kami
Jalan Hidayah! Kalaulah Hidayah kamu telah mewajibkannya bagaimana usaha atas
hidayah itu menjadi tidak wajib?” - Mufti Zainal Abidin rah.a
028. Amat senang untuk seorang memasuki syurga
iaitu hanyalah melalui dua langkah sahaja. Satu langkah menekan nafsu syahwat
dan satu langkah lagi telahpun melangkaui syurga. Mengumpamakan seseorang yang
ingin memasuki syurga hanyalah perlu mengekang diri daripada mengikut hawa
nafsunya iaitu dengan mengikut segala perintah Allah dan Rasul dan mengelak diri
daripada apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Apabila mati syurga akan
menunggunya. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
029. Dua mata kurniaan Allah Swt kepada
manusia seolah-olah mata pertama untuk melihat kebaikan yang ada pada orang lain
dan satu mata lagi digunakan untuk melihat kelemahan atau keburukan diri
sendiri. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
030. Kerja dakwah adalah ibu kepada segala
kebaikan. Ibarat seekor burung yang diletakkan di dalam lingkungan seratus
cermin. Maka akan tergambarlah seratus ekor burung di dalam cermin tadi. Tapi
apabila kita menangkap burung yang asal di tengah, maka dengan sendiri seratus
ekor burung yang tampak di dalam cermin akan kita miliki. Begitulah ibarat
apabila kita mengambil kerja dakwah, segala sifat mahmudah yang lain akan
beransur-ansur datang dalam kehidupan kita. - Maulana Muhammad Ilyas
rah.a
031. Usaha agama adalah satu tanggung jawab
umat ini. Seorang yang mementingkan hanya pahala daripada usaha agama seumpama
seorang yang pergi mendapatkan ubat kepada ibunya yang terlantar sakit dan
mengharapkan pahala daripada usahanya untuk mendapatkan ubat itu. Maka
sebenarnya dia telah berlaku zalim kepada ibunya. - Maulana Nazir
Rahman
032. Da'ie ibarat matahari yang akan
menyinarkan cahaya di kawasan mana yang dilaluinya bermula dari timur ke barat.
Begitulah seorang da'ie, akan menyinarkan cahaya hidayah kepada setiap orang
yang di dakwahkannya. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a
033. Keyakinan seorang da'ie hanyalah kepada
yang Maha Esa. Umpama seorang yang membawa cermin dan kemudian pergi ke tengah
medan yang gelap lalu dilihat di dalam cermin itu bulan yang cantik. Walau
bagaimanapun, dia tetap meyakini bulan yang asal adalah di atas. Begitu jugalah
seorang da'ie yang mempunyai sepuluh kedai miliknya tetapi keyakinannya tetap
kepada yang Maha Esa, yang memberi rezeki hanyalah Allah Swt. - Maulana Umar
Palampuri rah.a
034. Seorang yang mengambil habuan daripada
agamanya adalah seumpama seorang yang mencuci mukanya dengan kasut. Tidak
mustahil mukanya akan bersih tapi perbuatan begitu adalah perbuatan orang yang
bodoh. Begitulah ibarat orang agama yang mementingkan habuan dunia yang tidak
mustahil bahawa dia akan mendapat habuan dunia dari agamanya tapi perbuatan itu
adalah amat dikeji Allah Swt. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a
035. Perbuatan orang ramai yang tidak mahu
mengamalkan perintah agama kerana ianya disampaikan oleh orang biasa adalah
umpama satu orang yang tidak mahu mendengar perintah raja hanya kerana ianya
disampaikan oleh tukang sapu jalanan. - Maulana Muhammad Zakariyya
rah.a
036. Seorang yang telah mendapat Nur Iman akan
mengenali setiap afrad daripada perintah Allah Swt sepertimana seorang petani
yang mengenali setiap jenis daripada tanamannya. - Hajji Mohammed Abd
Wahhab
037. Seorang yang mendakwa mencintai Allah Swt
dan tidak menyintai selain Allah adalah seumpama seorang lelaki yang mendakwa
menyintai seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu berkata, “Benar kamu
menyintaiku?” Dijawabnya benar. Perempuan itu berkata lagi, “Cuba lihat di
belakangku, saudara perempuanku lebih cantik.” Lelaki itu berpaling darinya.
Wanita itu berkata, “Jika benar kamu menyintaiku, kamu sesekali tidak akan
berpaling dariku.” Begitulah diri kita yang mendakwa menyintai Allah tetapi
sentiasa berpaling kepada makhluk lain setelah diuji-Nya. - Hajji Mohammed Abd
Wahhab
038. Seorang yang menyebut nama Allah
hendaklah menggambarkan juga sifat yang lain yang ada pada Allah seperti Rahman,
Ghafur, Qodir dan sebagainya sepertimana seorang anak yang menyebut nama ibunya
tetapi tergambar segala sifat ibu seperti penyayang, pemaaf dan sebagainya. -
Hajji Mohammed Abd Wahhab
039. Hati yang menerima Agama ini seperti biji
benih yang baik, tumbuh dalam tanah sehingga menghasilkan manfaat. Biji benih
ini akan tumbuh menjadi pohon dan mengeluarkan buah-buahan yang dapat dinikmati
oleh semua orang. Namun hati yang tidak menerima agama adalah seperti biji benih
yang baik tetapi ditanam di tanah yang gersang, tidak akan dapat tumbuh dan
tidak pula mendatangkan manfaat kepada yang lain. - Tamthil
040. Perubahan berlaku di dalam dunia kerana
ada manusia yang sanggup berkorban dengan jiwa dan harta mereka. Seperti seorang
yang hanya berniaga susu berskala kecil tetapi kerana ada usaha dan pengorbanan
untuk mengeksport ke luar negeri, maka perniagaan susunya menjadi perdagangan
antarabangsa. Begitu juga bahasa, seperti bahasa English. Justeru itu, jika ada
pengorbanan dan usaha untuk agama, maka ini dapat mengubah keadaan
dunia.
041. 4 ujian dalam usaha dakwah: Dimuliakan,
Dihinakan, Bertambahnya rezeki, Berkurangnya rezeki. 4 penyakit dalam dakwah:
Terlalu bersemangat, Putus asa, Niat tidak betul, Melihat hasil.
042. Hati manusia seperti singgahsana, apa
atau siapa sahaja yang berada disana, akan menjadi raja. Semua manusia
hakikatnya adalah hamba. Barangsiapa yang tidak mahu menghambakan diri kepada
Allah Swt, maka pasti akan menjadi hamba selain Allah Swt. - Tamthil
043. Hati yang tidak ada Iman tidak akan ada
Ta'aluq kepada Allah Swt dan Iman tidak akan menjadi baik apabila tidak ada
Usaha memperbaiki Iman.
044. Kedudukan Ruh dalam jasad sangat penting.
Bila Ruh masuk ke dalam jasad maka jasad bermanfaat. Sebaliknya, apabila Ruh
keluar daripada jasad maka jasad akan menjadi bangkai dan hancur. Begitu juga
dunia, Ruhnya adalah Agama(Islam). Dunia berserta isinya di ciptakan kerana
adanya agama. Apabila tiada lagi orang yang mengucapkan Allah.. Allah, maka
Allah Swt akan hancurkan dunia ini. Jadi perkara yang penting di muka bumi ini
adalah Agama. - Tamthil
045. Setiap manusia yang inginkan kehidupan
tenang, damai dan bahagia perlu mempunyai Iman yang benar. Iman itu ada rasanya,
seperti gula yang rasanya manis dan garam rasanya masin. Kalau Iman ini tidak
ada rasanya, ini bererti palsu Imannya. - KH. Udzairon
046. Haq dan yang Bathil itu datang dan pergi
melalui proses secara bertahap. Jika Dakwah atas yang Haq hilang maka Dakwah
atas yang Bathil akan masuk. Dengan Dakwah agama akan wujud dan kemaksiatan akan
hilang. Tanpa Dakwah, kemaksiatan yang akan wujud dan agama yang akan hilang. -
Maulana Ibrahim
047. Untuk menghitung nikmat Allah Swt secara
menyeluruh, maka manusia tidak akan mampu menghitungnya. Apa lagi menghitung
nikmat Allah satu persatu. Menghitung nikmat Allah sahaja pun manusia tidak akan
mampu, apa lagi membayar nikmat Allah Swt itu. La ilaha ilallah.
048. Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dalam
tafsirnya menjelaskan: “Ayat ini (Surah Thoha:43-44) memiliki pengajaran
(‘ibrah) yang agung (sangat bermanfaat), di mana walaupun Fir’aun adalah seorang
penguasa yang sangat zalim lagi sombong, dan Musa pula adalah manusia yang
dipilih oleh Allah di antara makhluk-Nya pada ketika itu, akan tetapi Allah
melarangnya dari berbicara kepada Fir’aun melainkan dengan perkataan yang sopan
lagi berlemah-lembut.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim,
5/234)
049. Sahabat kehidupannya lapar berhari-hari
sehingga perut mereka diikat dengan batu, disiksa, baju bertampal, rumah kecil,
tetapi mereka dinyatakan telah berjaya oleh Allah Ta’ala dalam Al Qur’an.
Sahabat menerima ancaman oleh musuh, meninggalkan keluarga, harta benda dan
perniagaan, semua dilakukan demi kepentingan Agama. Inilah kehidupan orang-orang
yang telah Allah Redha dan mereka Redha kepada Allah. - Prof. Salman
Khan
050. Allah Swt menciptakan yang besar dan yang
kecil dengan cara yang sama, begitu juga dengan surga dan neraka, dunia dan
akherat, hanya dengan kata-kata: “Kun” – “Jadilah”, maka langsung terjadi.
Perkara besar dan perkara kecil disisi Allah sama saja, diciptakan dengan “Kun”
maka langsung jadi. Di hadapan Allah Swt ini seorang Raja dengan seekor nyamuk
ini sama saja. Kalau Allah menghendaki bisa saja Raja membunuh nyamuk, jika
Allah menghendaki bisa saja nyamuk membunuh raja. Semuanya menurut Kehendak
Allah Swt saja. - Syuro KH. Udzairon