201. Sesungguhnya tidak berbahaya penghinaan
orang lain, yang pasti berbahaya untuk kita adalah sikap hina diri sendiri dan
kebiasaan menghina orang lain. (Imam as-Syafi’i)
202. Sedikit amal dengan mengakui kurnia
Allah, lebih baik dari banyak amal dengan terus merasa kurang beramal. (Syeikh
Imam Abul Hasan asy-Syadzili)
203. Ibn Ata'illah al-Iskandari rahimahullah
dalam kitab al-Hikamnya mengatakan: “Maksiat(dosa) yang menimbulkan rasa rendah
diri dan membutuhkan rahmat Allah, lebih baik dari perbuatan taat yang
membangkitkan rasa sombong, ujub dan besar diri.”
204. Dalam Qawaid Fiqiyyah (kaedah fiqh)
dikatakan: "Maa kaana aktsaru fi'lan kaana aktsaru fadhlan - Semakin
bersungguh-sungguh ibadat yang dilakukan, maka semakin besar
fadhilat/pahalanya."
205. Dakwah Illallah itu seperti sedang
berenang. Jika berhenti, diri akan tenggelam. Allah pelihara iman melalui
dakwah. Tanpa dakwah mengajak kepada kebesaran Allah dan amal akhirat, diri akan
didakwahkan kepada kebesaran dunia dan makhluk. - Tamthil
206. Sabar adalah menunaikan perintah-perintah
Allah dan ketentuanNya yang bertentangan dengan keadaan dan kehendak nafsu kita.
- Maulana Muhammad Saad
207. Berkata Salman r.a ketika hampir
wafatnya: “Aku sama sekali tidak menangis kerana penyesalan dunia atau kerana
cinta kepada dunia, aku menangis kerana Rasulullah s.a.w mengikat janji dengan
kami agar kehidupan kami hendaklah seperti seseorang yang ada dalam perjalanan,
tetapi kami meninggalkannya. Lalu kelihatan harta yang dia tinggalkan hanyalah
sebanyak dua puluh dirham lebih atau tiga puluh dirham lebih.” (Adabud Dun-yaa
wad Diin: 119)
208. Dunia adalah fatamorgana yang terus
memanjang dan merupakan malam yang gelap, pencari dunia bagaikan orang yang
meminum air lautan, semakin banyak dia meminumnya, maka akan semakin haus.
(As-Siyar: V/263)
209. Malik bin Dinar rahimahullah berkata:
“Ahli dunia keluar daripada dunia, akan tetapi mereka belum merasakan sesuatu
yang paling nikmat di dalamnya. Beliau ditanya, Apakah itu? Beliau menjawab,
Mengenal Allah Ta’ala.” (Madaarijus Saalikiin: 233)
210. Abu Darda’ r.a berkata: “Seandainya bukan
kerana tiga perkara, nescaya aku berharap untuk berada di dalam bumi, bukan di
atasnya. Seandainya bukan kerana saudara-saudara yang datang kepadaku untuk
memilih kata-kata yang indah sebagaimana buah ranum yang dipilih dan dipetik,
atau kerana menjadikan wajahku berdebu kerana sujud kepada Allah Swt atau kerana
berjuang di jalan-Nya.” (Az-Zuhd: 198)
211. Melihat perlu cahaya, mata tidak akan
melihat benda jika dalam keadaan gelap. Begitu juga hati, tidak dapat melihat
perintah Allah apabila tidak ada Nur hidayah daripada Allah SWT. - Maulana
Muhammad Yusuf rah.a
212. Seseorang bertanya kepada Syeikh Maulana
Ilyas rah.a: "Bilakah pengeluaran jemaah dan dakwah ini akan berakhir?" Maulana
Ilyas menjawab: "Apabila seluruh lelaki Islam memakmurkan masjid dan
wanita-wanita Islam menutup aurat dengan sempurna dan berdiam di rumah-rumah
mereka, maka barulah dakwah bermula. Hari ini, yang kita lakukan hanyalah
silaturahim."
213. Bagi ahli dunia, tidur itu lebih baik
dari berjaga kerana dengan tidur itu mereka tidak membincangkan hal-hal
keduniaan. (Sufyan ats-Thauri)
214. Kelazatan berdampingan dengan Allah itu
tidak akan aku tukarkan dengan kerajaan dunia. (Abu Yazid al-Bistami)
215. Syeikh Hj Abdul Wahab mengatakan: “Da’i
ini jika sudah muzakarah mengenai kelemahan atau aib temannya, maka ini akan
menyebabkan kerja dakwah menjadi lemah.”
216. Berkata Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah:
“Barang siapa yang beramal tidak ikhlas kerana Allah, maka dia seperti seorang
musafir yang memenuhi kantung minumannya dengan pasir dan tidak ada manfaatnya.”
(al-Fawa'id, hal.66)
217. Sifat ujub adalah kekaguman kepada dirimu
sendiri, sehingga kamu berasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya
dari saudaramu. Walhal, boleh jadi kamu tidak beramal dengan benar sepertinya,
atau barangkali dia lebih wara’ darimu terhadap hal-hal yang diharamkan Allah
dan lebih tulus amalnya. (Sufyan Ats-Tsauri)
218. Apabila Iblis telah berhasil melakukan
tiga perkara terhadap diri anak Adam, maka ia akan berkata, ‘Saya tidak akan
menuntutnya dengan perkara yang lain.’ Tiga hal itu adalah: Dia ujub kepada
dirinya sendiri, dia berasa amalnya sudah banyak, dan dia melupakan
dosa-dosanya. (Fudhail ibn 'Iyadh)
219. Berkata Basyar ibn Al-Harits berkenaan
ujub: “Apabila kamu sudah menganggap bahawa amalmu lebih banyak, sedangkan
engkau menganggap amal orang lain sedikit.”
220. Ibnu Sirin berkata: “Aku tidak pernah
hasad dengan seorang pun dalam urusan dunia. Kerana apabila dia ahli syurga, apa
gunanya aku hasad kepadanya dalam urusan dunia yang tidak ada nilainya di syurga
kelak. Sedangkan apabila dia termasuk ahli neraka, maka apa gunanya pula aku
hasad kepadanya dalam urusan dunia sedangkan dia akan masuk neraka.” (Ihya
Ulumuddin: 3/1973)
221. Berkata Rabi’ bin Khutsaim: “Segala
sesuatu yang dilakukan tidak untuk mencari redha Allah, pasti akan sia-sia.”
(Shifatush Shafwah: 3/61)
222. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: “Orang
yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia
menyembunyikan keburukannya.” (Tazkiyatun Nafs: 17)
223. Keberhasilan seseorang da'i itu adalah
apabila sudah tidak ada lagi keinginan-keinginan dalam hatinya ingin mendapatkan
dunia, ingin jadi pemimpin dan keinginan lainnya tetapì diri kita ini berbuat
hanya untuk Allah dan RasulNya. - KH. Khuzairon
224. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: “Empat
perkara yang menghalang datangnya rezeki adalah, 1.Tidur di waktu pagi,
2.Sedikit solat, 3.Bermalasan dan 4.Khianat.” (Zaadul Ma’ad: 4/378)
225. Ammar bin Dzar rahimahullah pernah
ditanya oleh anaknya, “Mengapa ketika orang lain memberi syarahan tidak ada
seorang pun yang menangis. Namun, ketika engkau bersyarah, wahai ayahku, kami
mendengar tangisan dimana-mana?” Maka Ammar menjawab, “Wahai anakku, nasihat
yang tulus tidaklah sama dengan nasihat yang diperbuat-buat.” (Hilyatul Auliya:
5/111, Ihya Ulumuddin: 4/187, Asy Syamilah)
226. Seorang pemuda mendatangi al-Hasan
al-Bashri dan mengadukan masalah yang sedang ia hadapi kepadanya. Pemuda
tersebut berkata, “Saya telah berusaha untuk menjaga solat malam, akan tetapi
sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya.” Al-Hasan
al-Bashri menjawab, “Dosa-dosamu telah menghalangmu untuk
melakukannya.”
227. Ja’far bin Muhammad berkata:
“Sesungguhnya perbuatan baik tidak sempurna kecuali dengan tiga perkara: Segera
mengerjakannya tanpa menunda-nunda, menganggapnya sebagai amalan yang sangat
kecil meskipun besar, dan menyembunyikan amalan tersebut di hadapan manusia.”
(Hilyatul Auliya': 3/198)
228. Tidaklah dinamakan ibadah sehinggalah
terkumpul didalamnya 3 perkara; Takut, Cinta dan ketundukan. Dan tidak dinamakan
ibadah jika ia hanya takut atau hanya cinta namun tidak ada ketundukan. (Syeikh
Yahya al-Hakim)
229. Bila umat Rasulullah saw ada fikir yang
sama sebagaimana fikir Rasulullah saw, Maksud dan tujuan yang sama, Semangat dan
gerak yang sama, Pembicaraan yang sama dalam perkara yang sama, Kefahaman agama
yang sama atas perkara yang sama. Satu hati dan berkasih sayang. Apabila ini
wujud dalam diri kita, maka Allah Swt akan jadikan asbab turunnya hidayah bagi
semua umat di seluruh alam sampai hari kiamat.
230. Ikutilah jalan petunjuk dan jangan takut
kerana sedikit orang yang menempuhnya. Jangan tertipu dengan banyaknya manusia
yang binasa. (Imam Fudhail bin Iyadh)
231. “Jika sunnah Rasulullah s.a.w. dilanggar
dalam pernikahan, maka Allah akan menghabiskan ketaatan daripada generasi itu.”
- Asy-Asyaikh In'amul-Hasan al-Kandahlawi rah.a
232. Ibnu Mas'ud r.anhu berkata: “Usia semakin
berkurang seiring perjalanan waktu malam dan siang. Sementara segala amalan akan
tersimpan dan kematian akan datang secara tiba-tiba.”
233. “Hati yang istiqamah adalah jalan menuju
keberhasilan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah
akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan dilapangkan dan
akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqamah, maka malaikat
akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari
ketakutan terhadap adzab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima
dan menghapus dosa.” (Imam al-Qurtubi rah.a)
234. "Jika seorang gabenor memanggil kita
untuk hadir dirumahnya, pasti kita berusaha mempersiapkan pakaian yang
sebaik-baik yang kita miliki. Bagaimana jika yang memanggil kita adalah Allah
yang menciptakan gabenor, bahkan yang menciptakan dunia berserta
isinya?"
235. Ibnu Mas’ud r.‘anhu pernah berkata:
“Sesungguhnya solat kalian lebih banyak dan kalian lebih rajin dalam beribadah
dibanding para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tetapi mereka
lebih utama dibanding kalian.” Lalu ditanya: “Mengapa mereka lebih utama?”. Ibnu
Mas’ud r.‘anhu menjawab: “Kerana mereka lebih zuhud terhadap dunia dan lebih
mencintai akhirat dibanding kalian.” (Shifatush Shafwah: 1/420)";
236. Setiap amal ada janji Allah Swt. Yakin
terhadap janji Allah dengan beramal. Beramal bukan untuk mendapatkan janji Allah
tetapi untuk mendapatkan redha Allah Swt.
237. Utsman bin ‘Affan r.‘anhu berkata:
“Sesungguhnya aku telah bersembunyi dari Rab-ku selama sepuluh tahun. Dan aku
adalah orang keempat dari empat orang yang terawal masuk Islam. Aku tidak pernah
bernyanyi dan berangan-angan...” (HR. ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir,
1/85)
238. Imam Al-Auza’i berkata: “Orang mukmin
sedikit bicara dan banyak beramal, sedangkan orang munafik banyak bicara dan
sedikit beramal.” (Tanbihul Ghafilin: 32)
239. Hasan Al-Bashri berkata: “Nikahkanlah
anakmu dengan orang yang takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya. Kerana jika
ia mencintainya maka ia akan memuliakannya, dan apabila ia membencinya maka ia
tidak akan menzaliminya.” (‘Uyun al-Akhbar: 10/17)
240. Masruq berkata: “Cukuplah seorang itu
dikatakan alim jika ia merasa takut kepada Allah, dan cukuplah seorang itu
dikatakan jahil jika ia merasa ujub dengan amalnya sendiri.” (Tanbihul Ghafilin:
229)
241. Umar bin Khaththab Radhiallaahu 'anhu
bertanya kepada Ubay bin Ka’ab Radhiallaahu 'anhu tentang takwa, berkatalah
Ubay: “Pernahkah Anda berjalan di suatu tempat yang banyak durinya?” Umar
menjawab: “Tentu.” maka berkatalah Ubay: “Apakah yang Anda lakukan?”, berkatalah
Umar: “Saya sangat waspada dan berhati-hati agar selamat dari duri itu.” Lalu
Ubay berkata “Demikianlah takwa itu.” (Tafsir Ibnu Katsir, Juz 1,
hal.55)
242. Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Seseorang tidaklah bertakwa sampai ia berilmu, dan tidaklah seseorang berilmu
sampai mengamalkan ilmu yang ia ketahui.”
243. Menyia-nyiakan waktu itu lebih buruk
daripada kematian. Menyia-nyiakan waktu akan memutuskanmu dari Allah dan
akhirat, sedangkan kematian hanyalah memutuskanmu dari dunia dan penghuninya.
(Ibnul Qayyim, Al Fawa'id)
244. Ibnul Jauzi berkata: “Orang yang tidak
sengaja memandang sesuatu yang haram, maka wajib baginya untuk memalingkan
pandangannya. Kerana pandangan yang terus-menerus dapat menumbuhkan rasa
syahwat. Perumpamaannya seperti biji-bijian yang ditabur di atas tanah. Jika
biji-bijian tersebut tidak disiram maka ia tidak akan tumbuh, namun jika ia
disiram maka ia akan tumbuh dengan cepat. Demikian pula dengan pandangan mata.”
(Dzammul Hawa:440)
245. Ibnu Sa’ad menceritakan di dalam kitabnya
ath-Thabaqat, bahwasanya Umar bin Abdul Aziz apabila berkhutbah di atas mimbar
kemudian dia khawatir muncul perasaan ujub di dalam hatinya, dia pun
menghentikan khutbahnya. Demikian juga apabila dia menulis tulisan dan takut
dirinya terjangkit ujub maka dia pun menyobek-nyobeknya, lalu dia berdoa, “Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari keburukan hawa nafsuku.”
(al-Fawa’id, hal.146)
246. Imam Syafi’i pernah bersyair: “Seseorang
jika telah beriman dan bersifat wara’, Maka sifat wara’nya akan menghalanginya
mencari aib manusia, Seperti orang yang sakit akan disibukkan dengan dirinya,
Daripada memikirkan penyakit manusia lainnya. (Diwan Imam Asy-Syafi’i,
hal.56)
247. Imam Syafi’i berkata: “Kalau engkau
mengkhuatirkan sikap ujub atas amal yang engkau lakukan, maka ingatlah redha
siapa yang menjadi tujuanmu, kenikmatan mana yang engkau harapkan, dan dari
siksa mana yang engkau hindarkan. Kerana barangsiapa yang mengingat hal itu,
maka amal-amalnya akan nampak kecil di mata.” (Siyar A’lam An-Nubala’:
10/42)
248. Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:
“Tidak ada jiwa yang bebas dari hasad. Hanya saja orang yang mulia dapat
menyembunyikannya, sedangkan orang yang hina menampakkannya.” (Majmu’ al-Fatawa:
10/124)
249. Hafshah binti Sirrin mengatakan, “Ibu
dari Muhammad bin Sirin sangat suka celupan warna untuk kain. Jika Muhammad bin
Sirrin memberikan kain untuk ibunya, maka beliau belikan kain yang paling halus.
Jika hari raya tiba, Muhammad bin Sirrin mencelupkan pewarna kain untuk ibunya.
Aku tidak pernah melihat Muhamad bin Sirrin bersuara keras di hadapan ibunya.
Apabila beliau berkata-kata dengan ibunya, maka beliau seperti seorang yang
berbisik-bisik. (Siyar A’lam an-Nubala’)
250. Mujahid rahimahullah mengatakan, “Hati
itu seperti telapak tangan. Awalnya ia dalam keadaan terbuka dan jika berbuat
dosa, maka telapak tangan tersebut akan tergenggam. Jika berbuat dosa, maka
jari-jemari perlahan-lahan akan menutup telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat
dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya seluruh
telapak tangan tadi tertutupi oleh jari-jemari.” (Mawqi’ At Tafasir,
7/442)