Markaz raiwind di pakistan sering menerima utusan dari para mujahidin untuk keluar berdakwah. Mullah Muhammad Umar (Hafizahullah), Amirul mukminin Taliban kerap menghantar jamaah
untuk keluar 40 hari pada musim sejuk. Pada musim sejuk biasanya mereka kurang berperang, lebih
banyak berjaga di garis sempadan. Mujahidin Chechnya juga kerap menghantar rombongan dalam
jumlah yang ramai, mereka biasanya menghadiri ijtimak tahunan di raiwind dan seterusnya keluar
berdakwah. Antara yang aneh pada mereka, mereka semua berpakaian hitam dan berkopiah tinggi khas russia. Ketika mendengar bayan mereka tidak mahu duduk di bawah, sebaliknya mereka semua berdiri, mungkin bersedia untuk jihad.
Pihak markaz raiwind memberi layanan yang khas untuk para mujahidin ini, saf pertama dikhaskan
hanya untuk mereka dan suprah panjang siap dibentangkan. Pihak markaz beritahu, kita mesti muliakan mereka. Mereka bukan hanya korbankan kesenangan diri, harta dan
masa, bahkan mereka telah siap korbankan nyawa mereka di jalan Allah.
Senior di raiwind pernah bercerita. Seorang mujahidin tempatan (pakistan) yang baru selesai tashkil,
sebelum kembali ke kampung halamannya telah menghadap Maulana Jamsheed (Hafizahullah).
Mujahidin ini bertanya pada maulana: Maulana sahab, di kampung, saya adalah seorang
mujahidin, apakah patut saya perbuat apabila saya tiba di kampung nanti. apakah saya meneruskan jihad atau berdakwah?
Jawab Maulana Jamsheed (Hafizahullah): kedua-duanya adalah usaha agama, jihad merupakan usaha
agama, dakwah juga usaha agama.
Title : DAKWAH DAN JIHAD
Description : Markaz raiwind di pakistan sering menerima utusan dari para mujahidin untuk keluar berdakwah. Mullah Muhammad Umar (Hafizahullah), Amirul m...